> AKTIVITI KAMPUS > Mahasiswa dua universiti kongsi ilmu dan pendapat dalam Wacana Siasah USM-UIAM,
Mahasiswa dua universiti kongsi ilmu dan pendapat dalam Wacana Siasah USM-UIAM,
KESPOL, USM Khamis | 25 Oktober 2018

SERAMAI 24 orang AJK Kelab Sains Politik (KESPOL), Universiti Sains Malaysia (USM) dan 33 orang AJK Political Sciences Students Association (POSSA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah mengadakan program Wacana Siasah USM-UIAM pada 19 hingga 21 Oktober lalu bertempat di UIAM.

Program ini bermatlamat untuk menghubungkan KESPOL dengan universiti awam yang lain.

Contoh pembentangan mengenai Gaji Minimum Untuk Mahasiswa.
Contoh pembentangan mengenai Gaji Minimum Untuk Mahasiswa.

Majlis pembukaan serta sesi suai kenal bersama AJK POSSA, UIAM telah diadakan pada 19 Oktober lalu dengan ucapan pembukaan disampaikan Penasihat POSSA, Dr. rohana Abdul Hamid disusuli Presiden POSSA, Ammar Firdaus serta Pengarah Projek, Irfan Shaharuddin yang menjadi wakil menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak POSSA.

Penasihat POSSA, Dr. Rohana binti Abdul Hamid telah memberi ucapan pembukaan disusuli oleh Presiden POSSA, saudara Ammar Firdaus. Kemudian, Pengarah Projek, saudara Irfan Shaharuddin telah menjadi wakil untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak POSSA.

AJK KESPOL USM dan POSSA UIAM bersama penasihat POSSA UIAM, Dr. Rohana.
AJK KESPOL USM dan POSSA UIAM bersama penasihat POSSA UIAM, Dr. Rohana.

"Kami juga telah mengadakan lawatan ke pusat khidmat komuniti yang bertempat di Selayang. Selain beramah mesra dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, kami juga menyampaikan bantuan makanan untuk menampung keperluan harian mereka. Pada malam itu, kedua-dua pihak KESPOL dan POSSA telah mengadakan perkongsian teknik pembelajaran serta program yang dijalankan kedua-dua kelab sepanjang tahun," jelas Irfan.

Pihak POSSA selaku tuan rumah telah membawa pihak KESPOL melawat perkarangan kampus termasuklah dewan kuliah, masjid, dan perpustakaan yang terdapat di sana.

"Selain itu juga, kami berpeluang untuk mengadakan sesi pembentangan isu-isu semasa termasuklah Media & Politik, Had Umur 18 Tahun Sebagai Layak Mengundi dan sebagainya," tambahnya.

Perkongsian ilmu di antara kedua-dua pihak ini sememangnya penting untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang bukan sahaja cakna mengenai isu semasa, malah menyedarkan akan kepentingan pendidikan mengenai kesedaran politik itu perlu untuk mencorakkan masa hadapan negara.

AJK KESPOL USM dan POSSA UIAM melawat pusat komuniti di Selayang.
AJK KESPOL USM dan POSSA UIAM melawat pusat komuniti di Selayang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...