> PERAK > Tahniah buat 5644 graduan Upsi bakal graduasi bermula Selasa ini
Tahniah buat 5644 graduan Upsi bakal graduasi bermula Selasa ini
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 29 Oktober 2018

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris Ke-20 yang akan diadakan pada 30 Oktober hingga 1 November 2018 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Menurut Unit Media dan Penerbitan Koporat Upsi, sesi Pertama pada Selasa ini akan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, selaku Canselor UPSI bermula jam 8.00 pagi.

Katanya, pada Istiadat Konvokesyen kali ini, Upsi akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Tan Sri Dr. Haili Dolhan dan Gelaran Profesor Emeritus kepada YBhg. Profesor Datuk Dr. Ahmad Haji Zainuddin.

Menurutnya, secara keseluruhan, Upsi akan menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 5644 graduan mengikut program masing-masing.

"Daripada jumlah itu, graduan Ijazah Kedoktoran ialah seramai 92 orang, Sarjana (1149), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (336), Sarjana Muda (2935), dan Diploma (1132).

"Dalam pada itu, pecahan graduan mengikut fakulti iaitu Fakulti Bahasa dan Komunikasi (714), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (249), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (740), Fakulti Sains Kemanusiaan (421),

"Selain itu, bagi Fakulti Sains dan Matematik (847), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (444), Fakulti Seni, Sains Komputeran dan Industri Kreatif (567), Fakulti Pembangunan Manusia (1350) dan Fakulti Teknikal Vokasional (312),"katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pada sesi pertama ini, Upsi akan mengurniakan Anugerah Kecemerlangan kepada 45 graduan antaranya Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti, Pingat Emas Naib Canselor, Anugerah Kecemerlangan Pelajar Antarabangsa Kategori Ijazah Doktor Falsafah, Anugerah Kecemerlangan Pelajar Antarabangsa Kategori Ijazah Sarjana Muda, Anugerah Kecemerlangan Pelajar Antarabangsa Kategori Ijazah Sarjana Muda, Anugerah Tesis Kepimpinan Pendidikan MSEAM, dan Anugerah Bitara.

Selain itu, menurutnya, antara keunikan pada istiadat kali ini juga ialah, pasangan suami isteri, Mohd Nizam Diran, dan Siti Haslina Taslin yang telah menerima lapan kali anugerah dekan serta lapan graduan yang kurang upaya.

"Bagi memeriahkan majlis serta meraikan graduan, Upsi akan mengadakan Pesta Konvokesyen yang diadakan di Pentas Utama Tapak Pesta Konvokesyen dengan pelbagai program menarik antaranya kemunculan artis terkenal, Hael Husaini, Nora, Awi Rafael, Kaka, kumpulan One Avenue Band, Peskon Got Talent, Ceramah ‘Cemerlang Dunia Akhirat’ bersama panel jemputan Ustaz Abdullah Khairi dan Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila, Pertandingan Rentak Bitara,dan Program Perang Kuali," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...