> ISU > Tidak sia-sia Along Kamaludin duduk dalam kereta tunggu anak habis kuliah hampir setiap hari...
Tidak sia-sia Along Kamaludin duduk dalam kereta tunggu anak habis kuliah hampir setiap hari...
AMIRA RAFIQ, UPM Isnin | 29 Oktober 2018

SERDANG, 29 Okt - “Demi menguruskan pendidikan anak tersayang, saya sering menghantar dan menjemput Aisyah dari kuliah hampir setiap hari dan menunggunya di dalam kereta sepanjang pembelajarannya. Bayangkan saya duduk dalam kereta sepanjang hari sendirian,” demikian kata pelakon, pengarah dan produser terkenal, Shahrom Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Along Kamaludin.

Hasil pengorbanannya, anaknya Aisyah Shahrom, 23, menerima ijazah kelas pertama Bachelor Sastera (Bahasa Asing) sekali gus merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Program Bacelor Bahasa Asing (Bahasa Perancis) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42 di sini.

Along Kamaludin sering hantar dan jemput Aisyah dari kuliah hampir setiap hari. (Gambar IG Along Kamaludin)
Along Kamaludin sering hantar dan jemput Aisyah dari kuliah hampir setiap hari. (Gambar IG Along Kamaludin)

Menurut ibu Aisyah, Arni Idris, pernah ayahnya resah dan menghubungi anaknya tiga jam sekali sepanjang empat bulan Aisyah berada di Perancis kerana tidak pernah berpisah dengan anak gadisnya.

Anak sulung dari dua adik beradik itu berkata, sepanjang pengajiannya turut melakukan kerja sambilan dalam bidang lakonan terutama pada cuti semester atau masa senggang tetapi harus bijak membahagikan masa dengan pelajaran.

“Hubungan saya dan ayah memang rapat sejak kecil dan ayah serta keluarga banyak memberi sokongan moral sepanjang menghabiskan pengajian di UPM,” kata graduan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPM itu.

"Saya meminati bahasa asing sejak di bangku sekolah dan sentiasa bercita-cita menyambung ijazah dalam bidang bahasa asing. Bahasa Perancis pada awalnya bukanlah dalam senarai bahasa yang saya ingin pelajari, namun minat mula mekar sejak mula belajar bahasa tersebut.

"Saya juga berpeluang ke Perancis menerusi program mobiliti fakulti untuk mempelajari bahasa tersebut dengan lebih mendalam," ujar Aisyah lagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...