> ISU > Farhana rela bergantung pada ubat demi pastikan emas buat Malaysia...
Farhana rela bergantung pada ubat demi pastikan emas buat Malaysia...
TEKS/FOTO: COSCOMM UPM Isnin | 29 Oktober 2018

DETIK hitam Siti Nor Farhana Mustafa mengalami kecederaan osteoarthristis lutut tidak menjadi halangan untuk memastikan pasukan bola jaring kebangsaan meraih pingat emas di Sukan Asia Tenggara (Sea) Kuala Lumpur 2017.

Farhana yang ditemui selepas menerima ijazah Bacelor Pendidikan Jasmani di Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42 hari ini berkata, kecederaan yang dialami memaksanya menjalani lawatan intensif dan perlu bergantung pada ubat supaya dapat mewakili negara di Sukan Sea tahun lalu itu.

Walaupun hampir berputus asa, namun ketabahan dan dedikasi yang kuat membuahkan hasil lumayan apabila berjaya membantu pasukan mengalahkan Singapura 65-41 pada perlawanan akhir.

"Saya mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut dan pada satu masa, saya hampir berputus asa, tetapi dengan sokongan terutama daripada jurulatih dan ahli pasukan, alhamdulillah saya bounce back dan kita menang Sukan Sea," katanya dengan bersemangat.

Tambahnya, sumber inspirasi sudah tentu ibu bapanya serta jurulatih-jurulatihnya, Choo Kon Lee dan Tracy Robinson yang bersama di setiap langkahnya.

Ibu bapa Farhana yang turut menghadiri majlis konvokesyennya berkata, pernah berasa ragu-ragu kerana bimbang anak mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.

"Namun, dengan pencapaiannya lalu, Farhana kini sedang menyambung pengajian Master Sains Sukan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM," luah mereka dengan perasaan penuh bersyukur.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...