> ISU > Adun Kota Anggerik peroleh ijazah MBA UPM, berhasrat sambung PhD
Adun Kota Anggerik peroleh ijazah MBA UPM, berhasrat sambung PhD
AZMAN ZAKARIA, COSCOMM UPM Selasa | 30 Oktober 2018

SERDANG - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Anggerik, Selangor, Mohd Najwan Halimi memperoleh ijazah Master Pentadbiran Perniagaan (Tadbir Urus Korporat) Putra Business School pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42 hari ini.

Detik bersejarah mula diharunginya pada 23 April lalu sebagai pelajar dan ahli politik ketika tiba di UPM pada jam 7 petang untuk menduduki peperiksaan dan tiba-tiba beliau menerima panggilan telefon mengumumkan beliau mungkin calon yang akan diumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Mereka meminta saya untuk hadir pada majlis berkenaan di Kuala Selangor. Saya terus memaklumkan perkara itu kepada pensyarah dan memohon pelepasan untuk menduduki peperiksaan pada hari lain.

“Saya tak sempat menduduki peperiksaan malam itu walaupun telah membuat persediaan. Saya bergegas ke Kuala Selangor dan keesokannya baru saya buat surat secara rasmi kepada pensyarah memohon pelepasan untuk fokus kepada kempen yang bertembung dengan hari peperiksaan,” katanya.

Beliau akhirnya menang kerusi Dun Kota Anggerik dengan majoriti 7,004 undi dalam saingan tiga penjuru.

Katanya, seminggu selepas pilihan raya, barulah beliau menduduki peperiksaan itu seorang diri.

“23 April 2018 adalah tarikh penting umpama tarikh keramat yang menentukan hala tuju saya dalam pelajaran dan politik. Alhamdulillah, saya peroleh kedua-duanya, hari ini memperoleh ijazah Master dan sebelum itu menjadi wakil rakyat,” katanya.

Mohd Najwan, 33, dari Shah Alam berkata, rakan-rakan sekelas terkejut apabila mengetahui beliau menjadi calon pada pilihan raya kerana beliau memang tidak begitu mendedahkan pembabitannya dalam politik sebelum itu kepada orang lain.

“Selepas mereka mengetahuinya, ramai yang membantu saya ketika berkempen,” katanya yang mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan Dayana Wahid, 33, dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, beliau berjinak-jinak dengan politik bermula apabila menjadi Exco Persatuan Pelajar Islam di sebuah universiti tempatan.

Katanya, kerjaya sebagai wakil rakyat sememangnya mencabar tetapi menyeronokkan kerana dapat berbakti kepada masyarakat.

“Saya perlu bijak membahagi masa untuk keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Memang saya peruntukkan masa untuk mereka, terutama di hujung minggu apabila tiada program,” katanya yang turut berjoging setiap hari sejauh 5 km.

Beliau yang mewakili daerah Hulu Selangor dalam sukan tenis ketika sekolah menengah dan mewakili daerah Petaling dalam bola sepak ketika sekolah rendah, mahu memperkasakan diri dalam politik.

“Saya mahu establish diri dalam politik, dan di masa yang sama berhasrat menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang politik dan pentadbiran ataupun sains politik,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...