> PERAK > Graduan Upsi perlu kuasai industri kreatif
Graduan Upsi perlu kuasai industri kreatif
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Rabu | 31 Oktober 2018

TANJUNG MALIM - Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) perlu menjadi modal insan pendidik yang berkualiti, kreatif, produktif dan menguasai kemahiran diri menepati industri kreatif dalam era Revolusi 4.0.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bertitah ia menepati industri yang akan menyaksikan pembangunan pantas dalam bidang kepintaran buatan, teknologi nano, robotik, pembelajaran mesin, pencetak 3-D, bioteknologi dan genetik.

"Forum Ekonomi Sedunia, mengunjurkan akan berlaku perubahan besar dalam pasaran pekerjaan global di mana modal insan diperlukan menguasai kemahiran dan memiliki pengetahuan yang baharu lagi berbeza.

"Kegagalan melakukan adaptasi terhadap teknologi baharu akan menyaksikan hampir 10 juta pekerjaan hilang menjelang tahun 2020," titah baginda ketika berkenaan merasmikan istiadat konvokesyen UPSI kali ke-20 sesi di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, semalam.

Baginda bertitah, kehilangan terbesar pekerjaan dijangka berlaku dalam jawatan kolar putih dan pentadbiran dan situasi ini menuntut pelbagai pihak merangkumi institusi kerajaan, swasta dan pendidikan mengambil langkah segera.

"Langkah segera ini dengan menyediakan bekalan modal insan yang menguasai kemahiran dan memiliki pengetahuan yang bersesuaian untuk mengelakkan daripada berlakunya kadar penganguran yang tinggi.

Tuanku Zara yang juga merupakan Canselor UPSI bertitah, sebanyak 2.1 juta pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam bidang komputer, matematik, seni bina dan kejuruteraan dengan negara Asia Tenggara diramalkan antara negara paling banyak pertambahan pekerjaan.

"Ketika dunia dilambung gelombang teknologi, hendaklah dipastikan, teknologi tidak melahirkan manusia robotik tanpa jiwa, tanpa roh. Kemajuan teknologi wajib diimbangi dengan unsur rohaniah.

"Pendidikan yang sempurna akan menghasilkan graduan yang bersifat holistik, elemen keinsanan, amanah, jujur, berdisplin dan bertanggungjawab berteraskan semangat Suluh Budiman selari falsafah pendidikan di UPSI," kata baginda.

Konvokesyen UPSI kali ini menyaksikan seramai 5,644 graduan, merangkumi 92 ijazah Doktor Falsafah, 1,149 ijazah Sarjana, 2,935 ijazah Sarjana Muda, 336 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, dan 1,132 diploma.

Konvokesyen itu turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Tan Sri Dr Haili Dolhan yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...