> > Alex rangkul Anugerah Olahragawan, Nurul Hani Olahragawati UMP
Alex rangkul Anugerah Olahragawan, Nurul Hani Olahragawati UMP
MIMI RABITA WAHIT, UMP 31 October 2018

ATLET renang Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA), Alex Tiong Sie Hung merangkul Anugerah Olahragawan dalam Majlis Penghargaan Sukan UMP yang berlangsung di Sri Manja Boutique, Indera Mahkota baru-baru ini.

Alex berjaya mengharumkan nama UMP dalam sukan renang apabila membawa pulang 15 pingat iaitu 8 pingat emas, 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga dan Renang MASUM 2018 serta meraih pingat emas bagi Kejohanan Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018.

Bagi Olahragawati dimenangi Nurul Hani Shafiza Hassan dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), dia merupakan atlet memanah yang memenangi banyak pingat di MASUM dan SUKIPT, juga pernah memenangi Anugerah Olahragawati Harapan pada tahun 2016.

Kedua-dua pemenang membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang tunai.

Manakala bagi Pemenang Anugerah Olahragawan Harapan telah dimenangi oleh Muhammad Hafizudin Mohd Nasri menerusi sukan Boling Padang manakala Anugerah Olahragawati Harapan pula telah dimenangi Nur Nadhirah Ab Rasul yang merupakan atlet petanque UMP.

Hadiah disampaikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof.Dato Dr Yuserrie Zainuddin. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi UMP, Abd Hamid Majid; Dekan Pembangunan Pelajar, Ts Dr. Mohamad Mat Nor dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Hj Safie.

Dalam majlis ini juga, Prof. Dato Dr Yuserrie turut mengucapkan penghargaan tahniah kepada 35 atlet mahasiswa UMP yang telah mengharumkan nama universiti dan negara dalam bidang sukan.

Universiti katanya memerlukan mahasiswa yang berwibawa untuk menghadapi cabaran ke peringkat tertinggi sama ada dalam bidang akademik, penyelidikan dan sukan.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan universiti telah membuat pelbagai program bagi menghasilkan pelajar atlet yang berwibawa dan berketerampilan.

Dr Yuserrie bersama pemenang anugerah sukan yang mengiktiraf atlet cemerlang sepanjang tahun ini.

“Saya yakin para atlet UMP mampu bangkit untuk berjaya di persada sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Menerusi bersukan juga atlet berpotensi untuk meningkatkan imej serta merangsang minda yang cergas justeru dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan dengan baik,” katanya dan mengharapkan penganugerahan ini dapat menjadi sumber inspirasi dan memberikan kenangan manis kepada atlit UMP.

Bagi Alex yang membawa pulang insentif kecemerlangan itu berkata, dia amat berterima kasih kepada UMP di atas pengiktirafan ini. Kejayaan ini memberikannya inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan, apatah lagi kini dia sedang membuat persiapan mewakili negara dalam acara renang di Asean University Game (AUG) di Myanmar pada hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...