> IKON > Ada sebab Yob tegas, lebih-lebih lagi kepada atlet-atlet didikannya...
Ada sebab Yob tegas, lebih-lebih lagi kepada atlet-atlet didikannya...

SUDAH hampir sepuluh tahun sebagai Pegawai Belia dan Sukan, banyak pahit manis pengalaman yang telah dilalui Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Yob terutama dalam kalangan warga Kolej Komuniti Kuantan.

Berasal dari Parit, Perak, asalnya Yob berkhidmat di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai Pegawai Suaian Fizikal dan ditempatkan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor.

"Ketika di SSTMI, saya lebih ditugaskan sebagi pegawai sukan yang memfokuskan kepada kecergasan atlet dan melakukan analisis dan kajian latihan bersesuaian dengan komposisi atlet dari pelbagai jenis sukan supaya mereka dapat memiliki kesesuaian fizikal terbaik untuk mereka persembahkan di dalam rutin sukan mereka. Pada usia yang masih muda ketika itu, saya banyak belajar dari pengalaman dan perkongsian ilmu yang diberikan para jurulatih lebih berpengalaman dan berpengetahuan mendalam mengenai sukan-sukan tertentu," imbasnya.

Ketika menerima anugerah perkhidmatan cemerlang Kementerian Pendidikan Tinggi 2016.

Setelah hampir empat tahun di SSTMI, Yob menerima tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjawat jawatan hakiki kini sebagai seorang Pegawai Belia dan Sukan dan ditempatkan secara pinjaman di Kolej Komuniti.

"Saya amat bersyukur dipilih menjawat jawatan ini kerana saya memang seorang yang aktif sejak dari sekolah rendah lagi serta terlibat dengan banyak aktiviti sukan terutamanya sukan bola sepak dan olahraga. Ibu bapa Nolidah Mat Nor dan Mohd Salleh A. Hamid adalah pendorong utama saya untuk memilih bidang ini sebagai kerjaya kerana selama ini mereka tidak pernah menghalang minat saya untuk bergiat aktif menceburi bidang sukan pada umur yang masih muda lagi serta tidak lupa juga kepada guru-guru di setiap peringkat sekolah pada masa dahulu yang mengesan bakat saya sebagai seorang atlet yang secara tidak langsung saya gunakan bakat dianugerahkan ini sebagai asas untuk mengembangkan kerjaya sebagai Pegawai Belia dan Sukan," katanya lagi.

Bergambar bersama pasukan bola tampar lelaki staf Kolej Komuniti Pahang.

TEGAS DEMI KEJAYAAN

Sebagai pegawai berpengalaman, Yob mengakui dirinya seorang yang agak tegas, lebih-lebih lagi demi memastikan anak didik tidak leka dalam mengejar kejayaan.

"Kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sepanjang bergelar Pegawai Belia dan Sukan apabila kini dapat melihat beberapa atlet yang pernah saya bimbing semasa mereka masih di bangku sekolah kini telah dan sedang mewakili negara di dalam pelbagai jenis sukan. Apabila saya melihat mereka di kaca televisyen, saya dapat mengenang kembali saat-saat manis mereka di bawah bimbingan saya dahulu.

Bergambar bersama para atlet Kolej Komuniti Pahang di Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.

"Walaupun ada kalanya saya sebagai seorang jurulatih kecergasan agak tegas terhadap latihan yang diberikan kepada mereka, namun apabila melihat mereka kini berjaya mewakili dan mengharumkan nama negara, saya harap mereka sedar, segala bentuk latihan dan ketegasan saya pada ketika itu adalah tidak lain untuk membentuk mereka untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan berjaya pada masa hadapan," ucapnya.

Pada masa sama, Yob juga sukakan cabaran.

Mendeklamasi sajak bersempena hari kemerdekaan peringkat Kolej Komuniti Kuantan.

"Sebagai contoh, saya pada ketika ini menggalas tugas seorang Pegawai Belia dan Sukan (Jawatan Kader) yang ditempatkan di Kolej Komuniti. Di sini, cabarannya, saya perlu mengurus tadbir Unit Belia dan Sukan secara bersendirian berbanding ketika ditempatkan di jabatan ataupun di kementerian. Namun begitu, dengan cabaran yang saya hadapi pada ketika ini, ia banyak membantu saya untuk lebih bersedia dan matang dalam menjawat jawatan ini. Pelbagai perkara dapat saya pelajari secara ‘hands on’ dan secara terus dari peringkat bawah sehingga kepada pentadbiran dan pengurusan sukan," katanya yang turut mengakui seorang 'family man'.

Meluangkan masa bersama keluarga.

BIODATA

Nama penuh: Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh

Tarikh Lahir: 29 November 1984

Adik beradik: 5 beradik, anak sulung

Status: Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak

Nama isteri: Siti Noraini Abd Salin

Nama anak: Nur Aina Insyirah (7), Muhammad Anas Zafran (5) & Muhammad Aniq Zahran (3)

Jawatan: Pegawai Belia dan Sukan, Kolej Komuniti Kuantan

Akademik:

- Diploma Pengajian Sukan (UiTM Perlis)

- Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (UiTM Shah Alam)

Pengalaman bertugas:

- Pusat Satelit ISN Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor (2008 - 2012)

- Kolej Komuniti Rompin (2012 - 2017)

- Kolej Komuniti Kuantan (2017 – kini)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...