> > UTM Pirates Junior muncul juara Kejohanan Rugbi Matrikulasi 7 sebelah dalam kategori terbuka
UTM Pirates Junior muncul juara Kejohanan Rugbi Matrikulasi 7 sebelah dalam kategori terbuka
MUHAMMAD AKMAL AYOB, UTM 1 November 2018

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Pasukan Pirates Junior berjaya menjadi juara selepas menewaskan Sajoha Voking dalam Kejohanan Rugbi Matrikulasi 7 sebelah dalam kategori terbuka, di sini.

Kejohanan tahunan buat pertama kali telah membuka penyertaan bagi kategori terbuka itu turut menarik lebih daripada 16 buah matrikulasi seluruh negara, 10 sekolah sekitar Johor bagi kategori lelaki dan tujuh buah sekolah sekitar negeri itu bagi perempuan selain tujuh kelab sekitar Johor bagi kategori terbuka.

Jurulatih UTM Fakhrizal Azmy Nasruddin berkata, dalam perlawanan penentuan, UTM Pirates Junior berjaya menewaskan Sajoha Viking dengan 14 berbalas 10.

“Matlamat utama ​(kami)​ pada kejohanan kali ini adalah untuk menguji dan mengenal pasti permain​-pemain​ muda yang boleh digilap dan diketengahkan​.​

"​D​i samping​ itu, kejohanan ini ​merupakan platform ​bagi ​pendedahan awal pemain terhadap penerapan ta​k​tikal permainan diperingkat yang lebih tinggi (universiti​ dan kebangsaan)​ yang mana agak berbeza dengan peringkat sekolah.​”​​​katanya.

Dalam pada itu, Kapten Pasukan Pirates Junior UTM, Dharsyaan Elangoh berterima kasih kepada semua pemain yang memberi komitmen penuh sepanjang pertandingan ini.

"Terima kasih juga kepada pihak kepada jurulatih dan UTM kerana memberi kami peluang untuk mewakili UTM. Diharapkan peluang seperti ini akan sentiasa ada untuk pemain junior seperti kami untuk mendapat pendedahan yang berguna," katanya


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...