> IKON > Faizal pegang prinsip "selagi kerja tak habis, tak boleh balik" dalam realisasikan setiap tugasan
Faizal pegang prinsip "selagi kerja tak habis, tak boleh balik" dalam realisasikan setiap tugasan
FAIZAL ASHRAF AZHAR, ASWARA 1 November 2018

Sememangnya bidang kerjaya pada zaman kini mempunyai saingan yang tinggi dalam kalangan para mahasiswa. Jika dilihat terlalu banyak lambakan mahasiswa di pasaran pekerjaan. Mahasiswa yang terdiri daripada Institusi Pengajian Awam dan Swasta masing-masing bersaing dan mengejar kerjaya sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Setiap tahun keluaran graduan dari universiti meningkat dari semasa ke semasa. Sudah pasti pastinya peluang pekerjaaan semakin sengit dan mengambil masa untuk memperoleh kerjaya yang diinginkan. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, bukan mudah untuk melanjutkan pelajaran di universiti oleh kerana yuran pengajian terlalu tinggi dan tawaran bidang hanya sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, tidak menjadi penghalang buat saya sebagai seorang pelajar jurusan seni yang juga bersaing dengan lepasan graduan universiti awam dan swasta.

Pengurusan Seni dan Budaya merupakan kursus baharu yang diperkenalkan pada tahun 2015 oleh institusi seni di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Jika dilihat, masyarakat Malaysia hanya melihat gambaran di atas pentas iaitu penyanyi, pelakon, pemuzik, penyair, pembaca dan lain tanpa melihat dari sudut belakang tabir.

Sememangnya bidang belakang tabir dan pengurusan amatlah penting dan perlu dititikberatkan kerana tanpanya takkan terhasillah sebuah acara, program , konsert, festival dan sebagainya. Melalui kursus pengurusan seni budaya, saya diajar dengan pelbagai teknik dan cara melalui subjek yang ditawarkan seperti Pengurusan Pentas, Pengurusan Teknikal, Kurotorial dan Pameran, Seminar Industri Kreatif dan sebagainya.

Setiap semester mempunyai 7-9 subjek yang perlu diambil, akan tetapi sebagai pelajar jurusan seni, bukan mudah untuk lulus dalam setiap subjek yang diambil kerana ia memerlukan komitmen dan penglibatan yang tinggi. Bagi saya, tidak kira di mana tempat kita menuntut ilmu, kesusahan itu pasti ada dan sebagai seorang pelajar seni, kami perlu kreatif dan inovatif dalam setiap aspek. Ia dikatakan segala maklumat haruslah berada di hujung jari atau “finger tip”.

Cabaran dan halangan pastinya ada setiap semester, yang mana kami harus skor dalam 2 jenis pembelajaran iaitu teori dan praktikal. Saya dilatih untuk membuat pelbagai acara dan program pada setiap semester. Bagi saya, tiada istilah rehat dan berhenti kerana kadang-kadang di sebelah pagi kami kuliah di dalam kelas sehinggalah malam.

Saya memegang prinsip “masa itu emas” dan “selagi kerja tak habis tak boleh balik”, yang mana ia menjadi pegangan dan pemangkin buat saya dalam merealisasikan setiap kerja dan tugas yang diberi. Sebagai seorang mahasiswa, kita harus melihat dan bertanya pada diri sendiri, “Apakah yang membezakan saya dengan pelajar lain?“. Soalan ini sering timbul dan bermain di fikiran setiap masa.

Bagi saya, pelajar seni harus mempunyai daya tarikan dan “vibe” yang tersendiri dengan cara yang tersendiri. Sebagai langkah dan cara untuk menjadikan saya sebagai pelajar yang berkebolehan, saya mencuba untuk setiap aspek tidak kira susah senang. Sebagai anak seni, tak lari dari istilah “cari makan” atau dipanggil sebagai CARMA.

Sambil menuntut di ASWARA saya juga mencari ruang dan peluang lain dengan bekerja dan melibatkan diri dengan industri luar yang mana saya juga terlibat dalam seni persembahan seperti menari, berlakon, menyanyi dan mengacara. Bagi saya tiada istilah tiada masa untuk seorang pelajar “as long as you can do it, just do". Ini merupakan salah satu cara dan kaedah untuk mengaplikasinya dalam pelajaran saya sendiri kerana tidak. Biarpun saya bekerja dan belajar, saya mampu untuk tandingi dengan pelajar yang lain yang pernah mendapat Anugerah Dekan.

Di Aswara, saya diberi peluang untuk mengambil subjek daripada fakulti lain seperti tarian, muzik, teater dan sebagainya. Ia merupakan salah satu kemahiran dan pengetahuan luar yang perlu pelajari. Bukan hanya pengetahuan dalam pengurusan sahaja yang perlu ketahui, malahan seorang pelajar itu harus berkebolehan dalam bidang lain juga.

Sepanjang pembelajaran di Aswara, terlalu banyak perkara yang saya pelajari termasuklah mengendalikan acara besar dan rasmi seperti istiadat konvokesyen Majlis Makan Malam, Persidangan Asean League of Intitutes of the Arts (ALIA), Festival dan banyak lagi. Ini merupakan satu platform untuk mengembangkan rangkaian dan membina hubungan dengan institusi, penggiat seni, syarikat, NGO, rakan media dan lain-lain.

Sebanyak 5 semester dan 1 semester latihan industri bersamaan 3 tahun di ASWARA yang harus ditempuh dengan penuh cabaran. Walaubagaimanapun, tidak saya lupakan kenangan pada semester akhir yang mana pada penghujung kursus pengurusan seni dan budaya, kami harus membuat dan mengadakan satu acara besar yang mana ia merupakan projek akhir dan akan dinilai oleh penilai dalaman dan luar daripada ASWARA.

Alhamdulillah dengan jayanya saya bersama rakan sekumpulan membuat sebuah acara yang berbentuk Seni Persembahan iaitu “DRAMATARI: LATAANA THE BOBOHIZAN” dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau, Jabatan Muzium Sabah, Tadom Hills Resort dan rakan-rakan penaja yang lain.

Pada tanggal 20 Oktober 2018 bersamaan hari Sabtu, merupakan tarikh keramat berakhirlah sudah pengajian saya di ASWARA dengan rasminya memperoleh Ijazah Sarjana dengan kepujian Pengurusan Seni & Budaya kelas ke-2. Anugerah terindah ini saya dedikasikan buat individu selama ini yang banyak membantu Dekan Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Encik Zulkifli Ab Rashid, para pensyarah, sahabat dan Warga ASWARA. Jutaan terima kasih saya ucapkan, semoga apa yang diajar dan disampaikan menjadi satu bekalan buat saya untuk meneruskan kerjaya dalam pengurusan seni pada masa akan datang.

Penulis;

Faizal Ashraf Azhar

Graduan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Budaya

Fakulti Pengurusan Seni Budaya, ASWARA


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...