> > Dr Shahrin dilantik sebagai Felo Akademi Sains
Dr Shahrin dilantik sebagai Felo Akademi Sains

AKADEMI Sains Malaysia (ASM) mengiktiraf kepakaran Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib FASc dalam bidang Teknologi maklumat dan Sains Komputer dengan pelantikan beliau sebagai Felo baharu Akademi Sains Malaysia.

Pelantikan ini diumumkan bersempena dengan Majlis Anugerah Felo dan Anugerah Saintis Terbaik 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib FASc yang juga Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melahirkan rasa kesyukuran di atas pencapaian berprestij ini.

Katanya, pencapaian ini menzahirkan pihak ASM benar-benar mengiktiraf pencapaian serta sumbangan beliau dan UTeM dalam bidang Teknologi Maklumat dan Sains Komputer.

Dr Shahrin menerima pelantikan sebagai Felo Akademi Sains (Fasc) daripada Tun Dr Mahathir.

Tambah beliau, hasil sumbangan ini memberi impak kepada lonjakan kecemerlangan bidang Teknologi Maklumat dan Sains Komputer bukan hanya di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa.

“Selari itu pengiktirafan ini turut membuka lembaran yang lebih luas lagi untuk beliau dan UTeM terus memberikan sumbangan berimpak terutama berkaitan dengan pelbagai kajian strategik dan aktiviti bersama dengan ASM,” katanya lagi.

Pelantikan dan pengiktirafan sebagai FASc ini telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam majlis ini.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majlis @ Fakharudy serta Presiden ASM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail.

Para penerima anugerah bergambar kenangan bersama Tun Mahathir sempena Majlis Anugerah Felo dan Anugerah Saintis Terbaik 2018, semalam.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...