> JOHOR > Dr. Mohd Sofi dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM
Dr. Mohd Sofi dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM
SURIAYATI BAHAROM, UTHM 2 November 2018

PENGARAH Urusan merangkap Timbalan Presiden Altera Corporation (M) Sdn. Bhd, Datuk Dr. Mohd Sofi Osman telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuat kuasa 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2021.

Pelantikan Dr. Mohd Sofi sebagai Pengerusi ini adalah bagi menggantikan Tan Sri Datuk Sri Sufri Mohd Zin yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Dr. Mohd Sofi memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan dari University of Strathclyde, Scotland dan berpengalaman luas dalam sektor industri serta aktif dalam perkara berkaitan kerjasama institusi pendidikan-industri. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah MIMOS Semi Conductor (M) Sdn. Bhd.

Mengimbau sejarah sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selain pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sementara itu, UTHM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi LPU, Tan Sri Datuk Sri Sufri di atas khidmat baktinya kepada UTHM sejak tahun 2011 dengan jawatan sebagai Ahli LPU bagi wakil swasta.

Pihak universiti turut merakamkan rasa terima kasih kepada Ahli LPU, Datuk Mat Noor Nawi yang telah menjalankan fungsi sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, berkuat kuasa 1 Ogos sehingga 31 Oktober lalu.

Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly serta seluruh warga UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pelantikan ini.

UTHM berharap pelantikan yang baharu ini diharap mampu menyumbang dan membawa UTHM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...