> > Uncle Sri terima penghargaan Kualiti Perkhidmatan Pelanggan
Uncle Sri terima penghargaan Kualiti Perkhidmatan Pelanggan
TEKS/FOTO: COSCOMM UPM 2 November 2018

Uncle Sri yang menarik perhatian ketika bertugas menjaga lalu-lintas sepanjang Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini diberi penghargaan 'Kualiti Perkhidmatan Pelanggan’ sempena Hari Kualiti dan Inovasi UPM yang diadakan pagi tadi di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM.

Antara komen di media sosial tentang sikap mesra Uncle Sri melayani pelawat yang memasuki UPM.

Penghargaan berkenaan disampaikan Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris.

Menerima penghargaan daripada Dr Aini.

Uncle Sri atau Encik Sri Kantha Rao Sani Banu merupakan pengawal keselamatan bertaraf polis bantuan yang sentiasa mendapat maklum balas positif daripada warga dan pelawat UPM kerana sikap ramah, ceria dan membantu secara bersungguh-sungguh setiap orang yang berinteraksi dengan beliau.

Uncle Sri yang sentiasa melemparkan senyuman selepas menerima penghargaan.

Sikap kemesraan dan kesopanannya terhadap pelanggan yang terpuji menyebabkan beliau mendapat penghargaan khas dari UPM sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan.

Tahniah Uncle Sri!!


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...