> TERENGGANU > Misi kemanusiaan UMT, bawa lebih RM20,000 buat merawat trauma penduduk Palu
Misi kemanusiaan UMT, bawa lebih RM20,000 buat merawat trauma penduduk Palu
PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UMT Isnin | 5 November 2018

KUALA NERUS - Delegasi sukarelawan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini telah berjaya mengagihkan bantuan kepada mangsa tragedi gempa bumi tsunami yang melanda Kota Palu, Sulawesi baru-baru ini.

Misi bantuan kemanusiaan yang tiba di Palu beberapa hari lalu bersama-sama agensi lain menempuh perjalanan beberapa jam sebelum tiba ke lokasi dan bergotong-royong membina kem penginapan sementara sepanjang berada di sana.

Dr. Riswadi Azmi, pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT merangkap ketua misi berkata, misi kemanusiaan ini digerakkan selepas melihat kesan bencana tsunami yang dahsyat.

Dr. Riswadi melayani anak-anak kecil mangsa tragedi tsunami bagi mengurangkan trauma dihidapi.
Dr. Riswadi melayani anak-anak kecil mangsa tragedi tsunami bagi mengurangkan trauma dihidapi.

“Alhamdulillah, kami berjaya memungut sumbangan berjumlah lebih RM20,000 dari pelbagai pihak termasuk orang perseorangan bagi menampung keperluan 1,000 penduduk yang terjejas.

”Selain bantuan berbentuk pek makanan dan keperluan asas, misi kemanusiaan ini juga menggunakan pendekatan pengisian rohani dan motivasi kepada mangsa terutamanya kanak-kanak. Ini juga sebagai komitmen UMT membantu mereka yang dilanda kesusahan dan sebagai medium dakwah mempromosikan keindahan Islam di mata dunia.

Peserta misi mengagihkan bantuan kepada masyarakat Palu.
Peserta misi mengagihkan bantuan kepada masyarakat Palu.

“Saya mewakili kumpulan misi kemanusiaan UMT mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu menggerakkan misi ini terutamanya pemberi sumbangan yang budiman kerana dengan sokongan semua pihak, misi kemanusiaan ini berjaya dilaksanakan," ujarnya.

Tambah Dr. Riswadi, pihaknya berharap rakyat Malaysia terus memberi sumbangan bagi tujuan pembelian perahu kecil untuk kegunaan nelayan.

Staf Pusat Islam UMT turut menyantuni mangsa Tsunami di Palu, Indonesia.
Staf Pusat Islam UMT turut menyantuni mangsa Tsunami di Palu, Indonesia.

“Pusat Islam Sultan Mahmud UMT masih membuka ruang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi menjayakan misi kemanusiaan 2.0 bagi mendapatkan bot-bot atau perahu kecil untuk untuk diberikan kepada nelayan yang hilang mata pencarian ekoran bot-bot milik mereka musnah dibadai ombak tsunami,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...