> 'Mencari asal-usul' D'bankers 92-95 selepas 25 tahun bawa haluan masing-masing
'Mencari asal-usul' D'bankers 92-95 selepas 25 tahun bawa haluan masing-masing
AHMAD MAHIR DAHALI Rabu | 7 November 2018

TANGGAL 19/10 – 21/10 menjadi satu lagi catatan memori bersejarah kepada 21 orang bekas pelajar lelaki Diploma Perbankan UiTM Dungun, Terengganu.

Bertitik tolak dari idea asal mantan presiden D’bankers 92-95, Mohd Ridzuan Mansor untuk mengumpulkan rakan-rakan lama kembali bertemu di tempat semuanya bermula 25 tahun lalu. Dari satu panggilan telefon kepada panggilan-panggilan seterusnya, perancangan disusun demi merealisasikan perjumpaan Mencari Asal Usul untuk mengimbau kenangan di kala zaman remaja menuntut ilmu.

Bertarikh 19/9/2018, bersama beberapa rakan lagi, gerakan mencari dan menjemput rakan-rakan menyertai perjumpaan tersebut dijalankan dengan teratur dan cepat. Aspek kewangan, logistik, sponsor dan sebagainya dibahagikan bersama untuk memudahkan program yang dirancang akan dapat direalisasikan. Tidak hanya itu, sokongan dan kerjasama dari pihak UiTM melalui Jabatan Alumni yang diketuai Dr Rosman selaku Timbalan Rektor menjadikan gerak-kerja mencari asal usul menjadi lebih mudah.

Heroes' Homecoming D'bankers 92-95

Beberapa program bersama pihak UiTM seperti sesi bersama pelajar-pelajar tahun akhir, perlawanan persahabatan futsal dengan kakitangan dan campus tour diatur sebagai inti pati perjumpaan ini.

Walaupun perancangan agak singkat, Alhamdulillah dengan adanya kerjasama yang jitu dari semua yang terlibat, perjumpaan mencari asal usul akhirnya terlaksana dengan jayanya pada 19/10/2018 hingga 21/10/2018.

D'bankers 92-95

Jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung:-

- terutamanya Dr Rosman, Penan & Migi yang bertindak sebagai tuan tanah yang telah memberikan layanan yang tip-top sepanjang perjumpaan,

- Dr [email protected], Eimirican & Presiden kerana berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat bersama pelajar2 sebagai usaha CSR dan ‘goodwill’ kepada UiTM,

- rakan-rakan yang berkorban masa, wang dan cuti, sanggup bersengkang mata memandu jauh semata2 utk bertemu dan menyambung ukhuwah yang telah terjalin selama 25 tahun (Eady, Gaban, Mahad, Perak, Paramme, Hise, Pyan, Uncle, Oma, Amat, Jijoe, Zyzul & Wong),

- dan rakan-rakan AJK yang penuh sabar dan ikhlas menjalankan tugas masing-masing walaupun hanya WhatsApp sebagai tempat berbincang dan membuat keputusan (Meze Bobo, Jali, Migi & Presiden)

- tidak lupa yang memberikan sumbangan sponsor

Team futsal.

Saat tidur bergelimpangan beramai-ramai di ruang tamu, berebut-rebut bilik air, bersolat jemaah bersama, sarapan dan lunch bersama, berzombie sambil ber400 sehingga ke dinihari, tergesa-gesa outing nak menonton Fung Sai Yuk di Fajar dan sama-sama menjamu mata melihat 'burum2 muda' akan menjadi titik memori dan kenangan terindah sehingga akhir hayat.

Semoga perjumpaan Heroes’ Homecoming Alumni D’ Bankers 0792-0195 - Mencari Asal Usul ini dapat mengeratkan hubungan ukhuwah dan persahabatan D’bankers 0792-0595 dengan lebih erat dan berkekalan insya-ALLAH.

Jumpa lagi di perjumpaan akan datang.

Jalan-jalan ke kedai Paklah,

Tersepak batu kaki berdarah,

Belajar bersama susah dan payah,

Demi sahabat dan ukhuwah.

Bendahari merangkap SU tak dilantik

[email protected]

Alumni D'bankers 92-95


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...