> JemRisa hasil inovasi Politeknik Merlimau dapat Anugerah Projek Terbaik
JemRisa hasil inovasi Politeknik Merlimau dapat Anugerah Projek Terbaik
ROZER MASUDIN, PMM 8 November 2018

Berbicara sahaja mengenai inti roti atau bun topping selalunya dihasilkan dengan meletakkan dalam bekas kaca seperti dalam tin atau botol yang memerlukan pengguna untuk membuka bagi menikmatinya. Tetapi hasil cetusan idea daripada pensyarah dan pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau telah menghasilkan jem yang diinovasikan dalam bentuk kepingan untuk sedia dimakan.

Jem inovasi yang dinamakan JemRisa ini berjaya dihasilkan dengan gabungan idea daripada Ketua Penyelidik yang juga pensyarah Jabatan Perdagangan iaitu Nurol Aleyzan Ghazali.

Menurut beliau, JemRisa sesuai digunakan sebagai topping di atas roti, biskut dan wafel selain sebagai pembuka selera pada setiap pagi, JemRisa menjimatkan masa, mudah disediakan dan membolehkan pengguna menikmati sarapan pagi dengan segera.

JemRisa yang telah siap dihidangkan bersama roti.

“Idea tercetusnya penciptaan JemRisa ini kerana kami melihat ramai yang tidak mengamalkan sarapan pada waktu pagi kerana masa yang terhad terutama dalam kalangan mereka yang bekerjaya dan juga pelajar. Oleh itu, kami membuat satu penyelesaian di mana kami menjimatkan masa pengguna dalam penyediaan sarapan dan mengekalkan rasa yang sedap. Kami juga membuat sedikit kajian tentang cara mengekalkan bentuk produk supaya tahan lama.

“JemRisa boleh digunakan untuk membuat sarapan bagi kanak-kanak serta golongan dewasa dan mempunyai tekstur padat serta tidak mudah cair. Saiznya juga yang kecil dan ringan dapat memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja dalam apa jua aktiviti. Didatangkan dalam 3 perisa pilihan iaitu strawberi, blueberry dan coklat,” katanya.

Empat pelajar yang bertanggungjawab bagi bersama-sama membuat penyelidikan dalam penghasilan JemRisa.

Beliau turut menyatakan, terdapat beberapa cabaran dalam menghasilkan JemRisa dari segi penyediaan dan pembungkusan.

“Produk ini sepenuhnya homemade di mana kami menghasilkan jem dalam bentuk kepingan menggunakan bekas beralaskan plastik yang mana memerlukan permukaan yang rata supaya dapat memastikan setiap kepingan jem adalah dalam ketebalan yang sama. Kami menggunakan bekas plastik yang lebar supaya dapat menghasilkan lebih banyak kepingan jem dengan cepat,” katanya lagi.

Nurol turut menyatakan akan menyertai mana-mana pertandingan inovasi di peringkat yang lebih tinggi dan yang paling utama, turut bercadang untuk memasarkan JemRisa di pasaran terbuka.

JemRisa telah diberi Anugerah Projek Terbaik sempena Hari Inovasi Jabatan Perdagangan Sesi Jun 2018 yang telah berlangsung baru-baru ini di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...