> > Langkah halus PTPTN kutip hutang?
Langkah halus PTPTN kutip hutang?
NOR AINNA HAMZAH 8 November 2018

SHAH ALAM - Keputusan memperkenal bayaran balik secara potongan berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan disifatkan sebagai langkah halus memastikan kesemua graduan yang mula bekerja membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Gabungan Pembebasan Akedemik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali berkata, jika diselidiki berapa ramaikan sebenarnya jumlah graduan yang hanya mendapat gaji di bawah RM1,000 sebulan.

Menurutnya, dengan erti kata lain, langkah PTPTN berkenaan adalah bagi memastikan kesemua graduan yang mula bekerja perlu mula membayar hutang PTPTN masing-masing.

"Langkah ini ternyata bercanggah dengan janji mereka (kerajaan PH) dan saya sebagai pengundi merasa tertipu dengan janji manis mereka sebelum ini.

“PH memenangi pilihanraya antara lainnya dengan menjanjikan penangguhan bayaran PTPTN sehingga peminjam bergaji RM4,000. Langkah ini ternyata bercanggah dengan janji sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Asheeq berkata, dia tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh PTPTN berkenaan dan sewajarnya janji manifesto berkaitan PTPTN itu perlu dilaksanakan dalam tempoh masa 100 hari kerajaan baru memerintah.

Bagaimanapun menurutnya, dengan pengumuman langkah baru pembayaran PTPTN berkenaan itu, rakyat terutamanya peminjam PTPTN akan berhadapan dengan kemungkinan tidak dapat melihat janji berkenaan dikotakan.

“Peminjam sudah pasti akan terbeban dengan langkah ini termasuklah potongan pinjaman PTPTN kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama sebanyak 50 peratus berbanding dengan pemberian pengecualian pembayaran pinjaman yang ditukar status kepada biasiswa.

ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN: Kerajaan ambil kira keperluan semasa

ARTIKEL BERKAITAN: Adapeminjam minta tangguh bayar PTPTN kerana nak beli kereta?

Lima langkah diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di Dewan Rakyat hari ini, berkata langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.

Pengumuman berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat bahkan pemimpin pembangkang kerana ia dilihat bakal membebankan peminjam PTPTN bahkan tidak memberi keistimewaan kepada pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN berjaya kutip RM13.86 bilion bayaran balik pinjaman

Bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berpendapat tidak semua lepasan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama mendapat pengecualian pembayaran semula berdasarkan Belanjawan 2019.

Beliau berkata, ini kerana Kerajaan mencadangkan potongan pinjaman kepada peminjam daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan Kelas Pertama yang difahamkan untuk peringkat Ijazah sahaja.

Katanya, dasar baharu ini memberi makna bukan semua peminjam mendapat keistimewaan tersebut


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...