> AKTIVITI KAMPUS > Unimas Teguh Bersama juara di Regatta Sarawak 2018
Unimas Teguh Bersama juara di Regatta Sarawak 2018
RUVI CHRISTINA AKAT, UNIMAS 8 November 2018

KUCHING - Pasukan Unimas Teguh Bersama dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah muncul sebagai juara dalam Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki IPTA/IPTS dan Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Campuran (15 Lelaki dan 5 wanita) IPTA/IPTS pada pertandingan sukan air tertua di Sarawak iaitu Regatta Sarawak 2018 yang berlangsung pada 2 hingga 4 November lalu.

Pasukan mendayung Unimas ungguli dua kategori - Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki IPTA/IPTS dan Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Campuran. (FOTO UNIMAS)

Pertandingan yang telah diadakan di sepanjang Tebingan Kuching ini mulanya diperkenalkan pada 1871 dan menjadi acara tahunan di Sarawak sehingga kini.

Aksi pasukan mendayung Unimas. (FOTO UNIMAS)

Pasukan Mendayung Unimas yang diberi gelaran Unimas Teguh Bersama dan Unimas Gemilang turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang penuh bersejarah ini. Pasukan Unimas Gemilang turut muncul tempat ketiga dalam kategori yang sama.

Wajah-wajah ceria pasukan mendayung Unimas bersama piala kejuaraan dimenangi. (FOTO UNIMAS)

Kegigihan berlatih di tasik Unimas telah membuahkan hasil kepada dua pasukan Unimas yang berjaya mengungguli dua kategori ini. Pasukan Unimas mengharapkan kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan mengekalkan kerjasama yang mantap antara staf dan pelajar.

Naib Canselor Unimas, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (tengah) turut merakamkan gambar kenangan bersama pasukan mendayung Unimas. (FOTO UNIMAS)

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...