> A Day in Science 2018 tarik penyertaan 25 sekolah, 300 pelajar sekitar Kuching dan Serian
A Day in Science 2018 tarik penyertaan 25 sekolah, 300 pelajar sekitar Kuching dan Serian
RUVI CHRISTINA AKAT, UNIMAS 8 November 2018

KUCHING - Lodge National Secondary School mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan STEM Expo and Seminar bertajuk A Day In Science 2018.

Program dijayakan dengan kerjasama Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas Engage) dan Lodge School Negeri Sarawak dan berjaya menarik penyertaan 25 buah sekolah dan 300 pelajar di sekitar Kuching dan Serian.

Pengenalan pembelajaran STEM di peringkat sekolah rendah. (FOTO UNIMAS)

Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Saintis di Sarawak Multimedia Authority (SMA), Profesor Ir. Dr Al-Khalid Haji Othman sekali gus menyampaikan ceramah kepada para pelajar program berkenaan.

Selain Dr Al-Khalid, turut hadir dan menyampaikan ceramah ialah Profesor Madya Dr Ramlah Zainuddin mengenai A Talk On Google Classroom for Teachers.

Program berimpak tinggi ini juga telah berjaya menampilkan 36 penyertaan pameran daripada pelbagai fakulti di Unimas. Antaranya ialah Fakulti Kejuruteraan (STEM Team dan Robotic Team), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Pra-Universiti.

Antara program membabitkan pelajar sekolah menengah tinggi. (FOTO UNIMAS)

Selain ekspo dan seminar kemahiran STEM, program ini turut menganjurkan Pertandingan STEM Quiz dan Solar Car Design & Build.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi pertandingan kategori sekolah menengah telah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High, diikuti Sekolah Menengah Lodge dan Kolej DPAH Abdillah.

Antara pemenang dalam STEM Expo and Seminar @ Lodge School. (FOTO UNIMAS)

Manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi Lodge National Primary School, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 6 dan Sekolah Kebangsaan St. Teresa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...