> MLK N.9 > Datuk Prof. Dr Siddiq Fadzil Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
Datuk Prof. Dr Siddiq Fadzil Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
MOHD ZAINI OTHMAN, USIM 8 November 2018

NILAI – YB Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju untuk melantik Datuk Prof. Dr Siddiq Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Beliau merupakan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada 1440H/2018M dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021. Menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah USIM keempat sejak Universiti ini ditubuhkan, beliau menggantikan Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dzulkifli Abdul Razak yang telah mengakhiri tempoh lantikannya pada 30 September 2018 lalu.

Beliau memperolehi Ph.D. dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia M.Litt. (Sarjana Persuratan) dalam Pemikiran Islam dari Universiti dan Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya.

Datuk Profesor Dr Siddiq Fadzil, ketika ini adalah Presiden Kolej Dar alHikmah. Beliau juga adalah Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE). Selain itu, belaiu turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Pusat Kajian Maqasid Shariah IDE dan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) di samping dilantik sebagai Prof Adjung di Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Dalam bidang akademik, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di UKM sejak 1974 sehingga 2001. Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah semenjak pengajiannya di universiti dahulu. Beliau pernah memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau kemudiannya menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Presiden ketiga dari tahun 1983-1991. Mantan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 2005-2015.

Datuk Dr Siddiq ialah Fellow Akademik dan Ketua Panel Penulis modul Pengurusan Tauhidik dan buku Pengurusan Islami: Menghayati Nilai-nilai Qur’ami (YaPEIM). Ketika ini beliau masih bergiat aktif kegiatan dakwah, di samping menulis dan menyampaikan syarahan akademik, khususnya dalam bidang pemikiran Islam, peradaban Melayu, pendidikan Islam dan Pengurusan Islam.

Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan, khususnya dalam bidang pemikiran dan ilmu-ilmu Islam, sejarah dan kebudayaan Melayu-Islam. Antara hasil karya beliau ialah: Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu; Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan; Di Bawah Naungan al-Quran; Mengangkat Martabat Umat; Minda Melayu Baru; Perspektif Qur’ani: Siri Wacana Tematik; Pemerkasaan Bangsa: Peranan Kepimpinan, Agama dan Budaya, Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan I & II; Islam dan Melayu dan Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan

Pihak Universiti ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Profesor Dr Siddiq Fadzil atas pelantikan sebagai Pengerusi LPU USIM dan percaya bahawa daya kepimpinan dan pengalaman luas yang dimiliki beliau mampu memacu universiti sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan juga kepada Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dzulkifli Abdul Razak atas sumbangan dan jasanya kepada Universiti sebelum ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...