> > Kempen [email protected], galakan membaca dalam kalangan warga kampus
Kempen [email protected], galakan membaca dalam kalangan warga kampus

PENGKALAN CHEPA - Program [email protected] dengan rasminya telah disempurnakan pelancarannya oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Husaini Omar, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, baru-baru ini.

Program [email protected] bertemakan With Knowledge We Lead adalah saranan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kempen meningkatkan galakan membaca di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bermula 1 Oktober 2018.

Objektif program ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan kumpulan sasaran khususnya mahasiswa, pensyarah dan warga institusi.

Justeru itu, UMK melalui Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan galakan membaca seperti Program You Read and You Share, Program Bedah Buku, Program Speed Reading, Program Library As Second Home dan sebagainya untuk mencambahkan lagi budaya membaca di kalangan warga kampus dengan slogan dan hastag #UMKMembaca.

Sokongan daripada warga UMK penting untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap kempen galakan membaca ini bukan sahaja demi kecemerlangan universiti malah juga demi kecemerlangan diri sendiri melalui budaya cintakan ilmu sepanjang masa.

Selain itu, Dr. Husaini turut merasmikan kempen Memperkasakan Alumni (Alumni Homecoming) sekali gus menyempurnakan majlis penyampaian cenderamata, sijil penghargaan dan kecemerlangan kepada jawatankuasa Istiadat Konvokesyen dan PESKOUMK 2018, Kecemerlangan Penyelidikan dan Akademik 2018 serta meraikan kejayaan para atlet Sukum 2018.

Pengiktirafan kejayaan dan sumbangan warga UMK

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, berkata, Malam Apresiasi UMK 2018 yang diadakan berkenaan bertujuan mengiktiraf kejayaan dan sumbangan warga UMK yang telah meraih pelbagai kegemilangan dan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Katanya, pelbagai kejayaan dan kecemerlangan inovasi diraih UMK antaranya pencapaian 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 6 pingat gangsa dalam K-Novasi Pengajaran dan Pembelajaran 2018 (K-Novasi 2018) pada 17 dan 18 Januari 2018 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Selain itu, UMK menempa kejayaan pada International University Carnival On E-Learning (IUCEL) 2018 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 12 dan 13 September 2018 dengan meraih 6 pingat emas, 3 pingat perak, dan 6 pingat gangsa.

“Pada majlis sama, Projek MEDLIT For Social Change Delphi – MOOC telah meraih kejayaan sebagai Outstanding e-Learning Product Award,” jelas beliau.

Menurut Dr. Mohd Rafi, UMK juga telah mencapai kejayaan memperoleh pingat emas, perak dan gangsa dalam penyelidikan melalui penyertaan di Malaysia Technology Expo, 3rd International Invention Innovation Competition, International Invention and Technology Exhibition, The 4th World Invention Innovation Contest dan SME Innovex.

Beliau berkata, UMK juga turut diiktiraf untuk menerima anugerah Malaysia’s Research Star Award dan dilantik sebagai Visiting Research Professor serta Visiting Professor di pelbagai universiti terkemuka dalam dan luar negara.

“Pada bidang sukan, UMK juga tidak ketinggalan apabila para atlet yang membawa nama UMK telah mencapai kejayaan pingat dalam Sukan Staf Universiti Malaysia (Sukum), Sukan Institusi Pengajian tinggi (SUKIPT), Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan Liga Sukan Bola Sepak IPT anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Justeru, saya berharap agar semua yang diraikan pada malam ini agar sentiasa mengekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang anda telah tunjukkan selama ini demi membina legasi kecemerlangan UMK,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...