> > Padu betul ayat pensyarah ni... bila pelajar masuk kelas lagi 5 minit nak tamat!
Padu betul ayat pensyarah ni... bila pelajar masuk kelas lagi 5 minit nak tamat!
WARTAWAN KAMPUS UOLS 8 November 2018

Jika anda dah terlewat nak masuk kelas, sama ada terlewat bangun atau ada urusan lain... adakah anda tetap pergi ke kelas atau terus tak hadir?

Bergelar pelajar, kita sedia maklum yang jadual seharian sangat padat dengan pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti kelab dan sebagainya. Namun, ada ketikanya kita akan terlewat bangun lebih-lebih lagi kalau kelas pagi. Memang kelam-kabut dibuatnya!

Tular baru-baru ini, menerusi akaun Twitter milik @_muhammadfathi memuat naik ciapannya yang mendapat puluhan ribu Like dan Retweet (RT) mengenai jawapan padu seorang pensyarah mengenai isu 'pelajar datang lewat ke kuliah/kelas'. Tidak pasti gerangan siapakah pensyarah yang dimaksudkan oleh Muhammad Fathi tetapi ini adalah jawapan pensyarah tersebut.

Jawapan seorang pensyarah :

Saya menganggap dia datang lewat sebab memang dia nak masuk kelas, kalau tak mau masuk dia dah tak datang terus. Saya terima dan tak perlu marah.

Walaupun 5min lagi kelas nak tamat, Kuasa Allah kelak mungkin dengan 5 min ilmu yang diberi itu menghapuskan dosa saya, mungkin kelak dengan 5 min itu dia memimpin saya ke syurga dengan ilmu yang dia dapat dalam 5 min tersebut.

Memang padu jawapan pensyarah tersebut. Disebabkan ciapan tersebut, pelbagai reaksi dan komen yang diterima.

Ada yang berpendapat, itu merupakan cara 'halus' seorang pensyarah untuk pelajarnya yang sudah meningkat dewasa.

Ada yang menyatakan ini satu cara untuk memberikan kesan psikologi kepada pelajar.

'Better late than never'... tapi jangan ambil kesempatan pula ye pada pensyarah yang berhati mulia.

Ini pula respons pensyarah.

Rasa-rasanya, nak tak pensyarah macam ni?

Sumber: Twitter @_muhammadfathi


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...