> > Upsi bakal lancar produk Inovasi Komik STEM 2018
Upsi bakal lancar produk Inovasi Komik STEM 2018

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Produk Inovasi Komik STEM 2018 yang bakal dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin pada 12 November di Scholar’s Suites, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Produk hasil inovasi penyelidik dari Upsi, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan (Upsi) ini turut menggunakan khidmat daripada guru-guru cemerlang Sains dan Matematik.

Menurut Dr. Mazlini, Komik STEM ini merupakan sebuah komik yang khusus untuk murid Tahun Satu yang mengintegrasikan subjek Sains dan Matematik dalam satu komik.

Katanya, isi kandungannya adalah selari dengan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Matematik tahun satu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan.

Jelasnya, ia turut menyokong agenda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyebar luas bidang STEM dan memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah.

“Terdapat 10 siri dalam komik ini termasuk satu siri pengenalan. Setiap satu mempunyai temanya yang tersendiri iaitu Taman Permainan, Selamat Hari Jadi Sarah, Bulan Panitia Sains dan Matematik, Hujan Oh Hujan, Sukaneka, Busuknya, Projek Kebun Sayur, Balik Kampung dan Berkelah di Port Dickson.

“Isi kandungannya komik ini pula terdiri daripada pelbagai topik dalam subjek Sains dan Matematik iaitu topik binaan daripada bongkah bentuk asas, penyerapan, tanah, dan bentuk muka bumi untuk subjek Sains manakala subjek Matematik merangkumi topik ruang, hari dan bulan, muka jam, pengurusan data, ukuran dan sukatan dan bentuk dua dimensi,” katanya.

Tambah beliau, komik itu terhasil dari satu kajian melalui geran yang diberi oleh EPRD menerusi pembinaan dan pengujian komik STEM terhadap pencapaian Sains, Matematik dan KBAT dalam kalangan murid tahun satu Daerah Hulu Langat, Selangor.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...