> AKTIVITI KAMPUS > 'Over Bites, Big Threat' buka minda mahasiswa pentingnya kesedaran kesihatan
'Over Bites, Big Threat' buka minda mahasiswa pentingnya kesedaran kesihatan

PRIHATIN dengan masalah kesihatan masyarakat masa kini, pelajar Fakulti Pengurusan Pusat Sumber Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana telah berjaya melaksanakan satu program Marketing Over Bites, Big Threat yang bertemakan kesihatan di bawah pantauan penasihat, Nurhidayah Hashim.

Salah satu tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda dan warga UiTM tentang kepentingan informasi kesihatan pada masa akan datang.

Melalui program ini juga mahasiswa dan warga UiTM dapat meningkatkan kesedaran tentang pemilihan makanan yang seimbang supaya terhindar daripada sebarang penyakit berbahaya.

Generasi muda dan warga UiTM hari ini perlu dihidangkan mengenai amalan gaya hidup sihat, pengambilan makanan yang seimbang dan nutrisi yang lengkap untuk perkembangan minda dan tubuh.

Selain itu, forum Better Health, Better You turut diadakan untuk mengisi slot program yang mana panel jemputan merupakan individu pakar dalam pemakanan iaitu Pegawai Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Kampus Puncak Alam, Norashimah Rajab dan Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Primer, Fakulti Perubatan, Kampus Sungai Buloh, Dr Khaznur Abd Malek.

Sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa ke forum 'Better Health, Better You'. (FOTO UITM)

“Tahniah dan syabas buat saudara Muhammad Azmi Khalib, Pengarah Program serta jawatankuasa penggerak program Over Bites, Big Threat atas kelancaran program dan pelaksanaan majlis yang sangat teratur. Salah satu pemilihan topik yang sangat efektif,” kata Dr Halida Yu, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Pusat Sumber semasa Majlis Ucapan Perasmian dan Penutupan program.

Turut diundang, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dan Persatuan Communication for Behavioural Impact (COMBI KPP) yang memeriahkan ruang legar dengan pameran berkaitan pemakanan seimbang, HIV, Denggi dan No-Smoking: Free Tabacco.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...