> KELANTAN > Warga UiTM berbasikal serah sumbangan pakaian sekolah kepada 1,000 murid
Warga UiTM berbasikal serah sumbangan pakaian sekolah kepada 1,000 murid
ZUMURNI HAMZAH 9 November 2018

MACHANG - Menyaksikan sendiri kesusahan yang melingkari kehidupan penduduk di kawasan sekitar mendorong 40 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, berbasikal sejauh 25 kilometer bagi menyampaikan bantuan.

Program kayuhan amal itu bertujuan menyampaikan 1,000 pasang pakaian sekolah kepada murid kurang mampu dari lima sekolah dan sebuah rumah anak yatim.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan, Dr Shahsuzan Zakaria berkata, program itu membawa makna yang cukup besar kepada kedua belah pihak sekali gus mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya, bantuan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk daripada badan korporat dan orang perseorangan.

“Kita berbasikal bagi sama-sama menyampaikan bantuan dan dalam masa yang sama turut berkongsi kesusahan bersama masyarakat sekeliling. Program kerjasama bersama sekolah dan rumah anak yatim ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk terus membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan acara pelepasan Program Kayuhan Amal di sini, semalam.

Sekolah yang terlibat pada program tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Belukar, SK Dewan Besar, SK Bukit Tiu, SK Ayer Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2 dan Rumah Anak Yatim Lilbanat, Banggol Judah.

Che Ahmad Afiq mencuba baju baharu dibantu guru SK Belukar dan Kaunselor UiTM, che Azlina Che Pa (kanan).

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Belukar, Marjan Mokhtar berkata, pihaknya mengalu-alukan program seumpama itu kerana ia membantu mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Katanya, kebanyakan ibu bapa di sekolah tersebut bekerja sendiri termasuk menoreh getah.

“Kami berterima kasih kepada UiTM yang peka dengan nasib penduduk di kawasan berdekatan dan berharap sumbangan ini menjadi pendorong serta menggembirakan murid-murid. Kira-kira 150 murid di sekolah ini menerima sumbangan pakaian sekolah dan mereka cukup teruja,” katanya.

Penerima bantuan, Che Ahmad Afiq Che Rosli, 9, berkata, sumbangan itu cukup menggembirakannya.

“Mak ada beritahu, nanti darjah empat (tahun depan) tak beli baju sekolah sebab yang lama masih elok dan boleh pakai. Saya tak kisah sebab faham keluarga tak banyak duit. Tapi bila dapat sumbangan ini, saya boleh pakai baju baru,” katanya.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...