> > Biasiswa hingga RM52 juta, pengambilan pelajar DRB-Hicom University sesi kini dibuka
Biasiswa hingga RM52 juta, pengambilan pelajar DRB-Hicom University sesi kini dibuka
WARTAWAN KAMPUS UOLS 9 November 2018

PEKAN - Pelajar lepasan sekolah yang ingin meneruskan pembelajaran di pusat pengajian tinggi, terutamanya dalam bidang automotif kini mempunyai pilihan yang mana DRB-HICOM University of Automotive Malaysia ("University" atau "DRB-HICOM University") dibuka untuk pengambilan pelajar sesi Oktober dan November.

UNIVERSITY OLEH INDUSTRI, UNTUK INDUSTRI

Para pelajar akan menikmati sehingga 51 pilihan program yang berlainan daripada lapan bidang utama yang ditawarkan; Kajian Automotif, Kejuruteraan Industri, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Teknologi Maklumat, Keusahawanan, Perakaunan, serta Perniagaan dan Pengurusan. University menawarkan kursus-kursus dari peringkat asas hinggalah ke pengajian pasca siswazah.

University, merupakan anak syarikat DRB-HICOM Berhad ("Kumpulan"), terletak di pusat Kompleks Automotif DRB-HICOM di Pekan, Pahang. Para pelajar yang belajar di University akan didedahkan dengan aktiviti amali secara terus di Kompleks Automotif. Setelah menamatkan pengajian, para pelajar berpeluang untuk bekerja dengan jenama automotif terkenal di bawah Kumpulan, seperti PROTON, Honda, Audi, Mercedes-Benz, Isuzu, Volkswagen, MODENAS dan juga DEFTECH.

BIASISWA BERNILAI RM52 JUTA DITAWARKAN

Biasiswa separa dan penuh juga disediakan untuk pelajar yang layak dan mendaftar dalam bulan Oktober dan November. Program biasiswa ini dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 3,700 pelajar di seluruh negara.

Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM University, Prof Dato’ Sr. Dr Omar Osman berkata pelajar yang layak boleh memohon biasiswa bagi meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga mereka.

"Kami memberikan biasiswa yang bernilai sehingga RM52 juta untuk memberi manfaat kepada pelajar yang layak. Program biasiswa ini adalah sebahagian daripada usaha University dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi sektor automotif, bukan di negara sahaja, malah untuk di rantau ini. Pihak University berharap biasiswa yang ditawarkan ini akan bertindak sebagai pemangkin modal insan, yang mana lebih ramai individu akan mengambil kesempatan daripada program ini dan melanjutkan pengajian di University," katanya.

PENDAFTARAN UNTUK PELAJAR TEMPATAN DAN ASING

Para pelajar boleh mendaftar untuk Program Sarjana Muda mulai sekarang hingga 4 November, manakala pendaftaran untuk program Asas dan Pasca Siswazah akan berlangsung pada 3 hingga 18 November.

University telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk menarik lebih daripada 600 pendaftaran semasa pengambilan sesi ini. Untuk mendaftar, para pelajar yang berminat boleh hadir ke acara jelajah University di kawasan berdekatan anda, atau rujuk kepada media sosial (FB & IG), media tradisional dan laman web University.

DRB-HICOM University juga akan mengadakan program menjelajah ke seluruh Malaysia untuk melawat sekolah-sekolah, pusat-pusat matrikulasi dan kolej-kolej Vokasional dalam usaha menggalakkan dan mempromosikan program-program bagi pelajar lepasan sekolah.

University juga sedang giat berusaha untuk menarik kemasukan pelajar asing, terutamanya dari China dan Jepun dengan menjalin kerjasama rakan industri di peringkat Asean. Di samping itu, pelajar asing juga akan ditawarkan pengecualian yuran tuisyen mereka sebanyak 30 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program, biasiswa dan pendaftaran, sila lawati laman web rasmi DRB-HICOM University di www.dhuautomotive.edu.my/ atau FB- https://www.facebook.com/www.dhuautomotive.edu.my / dan IG - drbhicom_u_official.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...