> ISU > Kakak terkejut! Kompang 5 Beradik buat 'surprise' pada hari konvokesyen
Kakak terkejut! Kompang 5 Beradik buat 'surprise' pada hari konvokesyen
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 9 November 2018

Siapa yang tak kenal dengan pasukan Kompang 5 Beradik yang tular dengan aksi persembahan mereka yang kreatif. Mereka bukan sahaja dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan, bahkan di acara-acara lain juga.

Baru-baru ini, mereka telah membuat kejutan buat kakak mereka pada hari konvokesyennya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Siapa sangka Kompang 5 Beradik yang terdiri daripada Ezzat Syafie Lasim, 22, Fahmi Azarul, 21, dan pasangan kembarnya, Fauzi Azizul dan Syamsul Arif, 18 (namun abang mereka Muhammad Khalid Lasim, 25 yang tidak dapat turut serta pada hari tersebut kerana ada urusan kerja) telah membuat persembahan di hadapan orang ramai khas untuk kakak mereka.

Kompang 5 Beradik

Pada mulanya memang kakak yang dipanggil Kak Nuri dalam video tersebut berkata, awalnya dia memang tak tahu apa-apa, tapi terkejut juga apabila nampak empat adik-beradiknya pegang kompang dan terus buat persembahan di tengah-tengah dataran UMK itu. Walaupun terkejut, tapi kakak mereka turut rasa bangga dan gembira dengan keluarganya dengan kejutan ini. Menerusi apa yang dilakukan oleh adik-beradik ini, jelas perhubungan mereka memang rapat dan ini diakui sendiri oleh kakak mereka.

"Kami memang close dan tiada rahsia antara kami," katanya.

Kompang 5 Beradik buat kejutan untuk kakak pada hari konvokesyen di UMK.

Di dalam video berdurasi lebih kurang 10 minit ini, pelbagai lagu nyanyian adik-beradik ini diiringi kompang dan gaya tarian yang sungguh kreatif dan menghiburkan dengan dipenuhi orang ramai yang menyaksikan persembahan mereka untuk kakak mereka.

Ceria betul persembahan Kompang 5 Beradik di dataran UMK buat kakak tercinta.

Ini caption kompang 5 beradik:

"hai semua..kali ni kami buat surprise untuk kakak kami semasa konvo dia kat umk baru2 ini.. hope u enjoy.. kami share sekadar ingin berkongsi dan menggalakkan anda semua buat something special untuk keluarga di hari bersejarah mereka.. tak perlu hadiah mahal-mahal.. kadang2 ucapan tahniah dan sokongan penuh sudah cukup memberi erti yg besar buat seseorang..betul x.. terima kasih atas sokongan semua selama ini..kami tak kan pernah berada pada tahap ini tanpa doa dan sokongan anda semua.."

Aksi paling sweet dan agak tersentuh jugalah adalah ketika salah seorang adiknya membetulkan tudung kakaknya yang terkelepet setelah mengenakan semula mortar yang terjatuh.

Kompang 5 Beradik aksi sweet betulkan tudung kakak.

Rata-rata netizen menyatakan keakraban adik-beradik ini harus dicontohi, juga turut mencemburui keakraban mereka. Tidak kurang juga yang mengatakan terharu apabila melihat video tersebut sehingga ada yang mengalirkan air mata. Ye lah kan... hubungan adik-beradik yang akrab memang didambakan semua orang. Jadi, bila lihat video ni, terus teringat kakak di rumah. Sobs!

Tonton video di bawah.

Sumber: Youtube kompang 5 beradik official


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...