> TERENGGANU > UMT tawar tiga program baharu dalam usaha penuhi keperluan pasaran kerja
UMT tawar tiga program baharu dalam usaha penuhi keperluan pasaran kerja
NURUL HUDA HUSAIN Isnin | 12 November 2018

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan tiga program pengajian baharu bagi sesi ambilan 2019/2020 selari dengan keperluan semasa pasaran kerja pada masa kini.

Program pengajian baharu itu melibatkan dua daripada Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) iaitu Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) dan Sarjana Muda Sains (Geosains Marin).

Samsudin (kiri) menyampaikan sijil kepada graduan pada Majlis Konvokesyen UMT Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, semalam.
Samsudin (kiri) menyampaikan sijil kepada graduan pada Majlis Konvokesyen UMT Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, semalam.
Manakala satu lagi program baharu adalah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) di bawah Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan. Pengambilan pertama bagi Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) dibuka kepada 20 pelajar untuk mengikuti pengajian selama setahun setengah. Bagi Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dan Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) terbuka kepada 40 pelajar membabitkan tempoh pengajian tiga tahun setengah.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, dengan adanya tambahan program itu diharap mampu melonjakkan lagi nama universiti ke peringkat lebih tinggi.

Mohamad Asyraf Adhwa Masimen, penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Sempene Majlis Konvokeysen UMT ke 16. (FOTO UMT)
Mohamad Asyraf Adhwa Masimen, penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Sempene Majlis Konvokeysen UMT ke 16. (FOTO UMT)
“Program-program pengajian baru yang kita tawarkan ini merupakan bidang yang diperlukan bagi pasaran kerja masa kini. Harapan kita adalah untuk memastikan UMT terus relevan dan bersaing dengan universiti-universiti lain melahirkan graduan yang berkualiti mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UMT Ke-16 di Dewan Sultan Mizan di sini, semalam.

Majlis pembukaan konvokesyen disempurnakan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.

Seramai 2,970 graduan terdiri daripada penerima sijil peringkat doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma membabitkan sembilan fakulti diraikan dalam majlis berkenaan.

Wajah-wajah ceria graduan semasa majlis Konvokesyen UMT Ke 16. (FOTO UMT)
Wajah-wajah ceria graduan semasa majlis Konvokesyen UMT Ke 16. (FOTO UMT)

Majlis konvokesyen melibatkan enam sidang itu akan berlangsung selama tiga hari sehingga esok.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memandang serius kebajikan pelajar dengan menyediakan beberapa inisiatif sempena pendaftaran pelajar baharu Sesi Akademik...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar satu lagi kejayaan apabila bakal mewakili Malaysia ke Pertandingan Enactus International Cup 2018 di San Jose,...
TAF yang dimulakan pada 2016 merupakan satu inovasi pertama di Malaysia.
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung-julung kalinya mengadakan persidangan antarabangsa IFoSAC 2018 bagi menghimpun para profesional dari dalam dan luar...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuka peluang mendekati masyarakat dengan penganjuran Hari Terbuka Makmal Berpusat selama dua hari bermula 18 November lalu di...
Rentasi Laut China Selatan dan Selat Melaka menggunakan RV Discovery