> TERENGGANU > Graduan kembar cemerlang UMT berbeza karakter, kongsi pentas konvo
Graduan kembar cemerlang UMT berbeza karakter, kongsi pentas konvo
NURHIDAYANA MOHD RASED, UMT Isnin | 12 November 2018

KUALA NERUS - Bukan saja cantik tetapi juga bijak, demikian pasangan kembar ini membawa keceriaan berganda kepada seluruh anggota keluarga dan rakan-rakan apabila lulus cemerlang pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berlangsung hari ini.

Dalam majlis penuh bersejarah itu, pasangan kembar terlibat, Nurhidayana dan Nurhidayani 23, cemerlang dalam program pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) yang diikutinya.

Pasangan kembar tersebut juga merupakan anak sulung dan kedua hasil perkongsian hidup Mohd Rased dan Hamidah Mohamed yang berasal dari Muar.

Menurut Nurhidayani, keyakinannya tentang kemampuan UMT dalam merealisasikan cita-citanya semakin bertambah setelah menjejakkan kaki di hari pertama pendaftaran kerana belum pernah berkunjung ke Terengganu sebelum itu.

Ibu bapa pasangan kembar mencium anak kembar mereka sebagai hadiah di hari konvokesyen. (FOTO UMT)
Ibu bapa pasangan kembar mencium anak kembar mereka sebagai hadiah di hari konvokesyen. (FOTO UMT)

“Ini adalah hadiah untuk keluarga terutamanya buat ibu dan ayah yang sangat menyokong cita-cita kami berdua. Berkat doa restu ibu dan ayah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan kami berdua hari ini,” katanya.

Kedua-dua mereka yang bercita-cita ingin menceburkan diri dalam perniagaan sejak di bangku sekolah mengikuti jejak langkah ayah mereka, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan.

Walaupun sejak dari lahir tidak pernah ‘terpisah’ namun kedua-duanya mempunyai karakter berbeza.

“Memang kami sejak dulu memang tak pernah berenggang, belajar di peringkat Asasi yang sama sampailah berkongsi pentas graduasi program ijazah yang sama.

“Walaupun tidak pernah berenggang, masing-masing mempunyai minat yang berbeza. Saya sukakan aktiviti lasak seperti aktif dalam Sispa APM. Kembar saya pula lebih sukakan pengurusan seperti bidang keusahawanan, tetapi kami masih mempunyai matlamat yang sama untuk mengembangkan perniagaan pakaian secara online yang dilakukan secara kecil-kecilan semenjak belajar di kampus.

“Perancangan selepas ini, kami akan berusaha untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan ingin genggam PhD pertama dalam ahli keluarganya," katanya.

Sementara itu, bagi ibu pasangan kembar ini bersyukur kerana kedua-dua anaknya telah tamat pengajian dengan cemerlang setelah bersengkang mata selama tiga tahun di UMT.

Berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa. (FOTO UMT)
Berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa. (FOTO UMT)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Universiti awam dan swasta disaran menjadi agen penggerak bagi menyemarakkan lagi kempen membaca dalam kalangan warga masing-masing dengan mewujudkan suasana pembacaan...
KENANGAN konvokesyen bagi dua beradik kembar, Afif Shahridan dan Afiq Shahrizan pastinya sesuatu yang indah dan akan diingat sampai bila-bila. Ini kerana, selain berkongsi kelas...
Pasti seronok kan mempunyai pasangan kembar, iyelah kiranya sejak kecil dah ada kawan sebaya. Membesar bersama selain bersekolah di tempat yang sama tentunya membuatkan hubungan...
Meskipun bergelar selebriti, namun ini tidak menghalang mereka daripada meneruskan pengajian serta memiliki segulung ijazah. Betapa hebatnya pengorbanan, ada sesetengahnya bergelut...
Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di landasan terbaik apabila menerima pengiktirafan antarabangsa dengan pencapaian penarafan lima bintang keseluruhan terbaik tahun ini...
BANGI - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Program Pitching Syarikat Perunding Muda Simposium [email protected] anjuran Kementerian...