> TERENGGANU > Mr Jeruk terima Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim
Mr Jeruk terima Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim
ROZITA ALIAS, UMT Selasa | 13 November 2018

KUALA NERUS - Bakat Muhammad Khairulamri Muhammad, 23, Penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-16, digilap pada 2015 apabila mengikuti Program Perantis Usahawan 1.0 yang dianjurkan Kosiswa UMT.

Berbekalkan geran diperoleh sebanyak RM5,000 yang disuntik pihak Kosiswa UMT, anak kelahiran Pasir Putih Kelantan ini membina tapaknya di dalam bidang keusahawanan dengan menjual air minuman dan jeruk di program-program sekitar UMT.

Bersama ibu tersayang di hari bersejarahnya. (FOTO UMT)
Bersama ibu tersayang di hari bersejarahnya. (FOTO UMT)

“Saya merupakan usahawan pelajar yang telah digilap oleh Kosiswa UMT di bawah naungan Pusat Keusahawanan dan Kerjaya.

“Pada tahun 2017, saya telah menyertai Program Tunas Belia (Tube Mega 2017) dan rezeki memihak kepada saya setelah memperoleh geran sejumlah RM15,000 untuk membuka Kiosk Mr Jeruk. Saya membuka Kiosk Mr Jeruk pada 12 November 2017 di Kompleks Siswa UMT dengan menggunakan dana yang diperoleh.

Bersama saudara lelakinya. (FOTO UMT)
Bersama saudara lelakinya. (FOTO UMT)

“Alhamdulillah sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan dan pendapatan yang diperoleh amat membantu saya meneruskan pengajian di UMT tanpa membebankan keluarga.

“Pada masa sama saya juga giat menjalankan perkhidmatan pengurus acara di sekitar UMT seperti Program Seafarer Open Day 1.0, Seafrer Open Day 2.0, Hala Fest, Cebu Fest, Festival Belia 2017, Fest Rarex, Fest Preneur 2017 dan banyak lagi," katanya.

Tuahnya semakin melimpah apabila pada tahun ini mendapat tender berjumlah RM26,000 sebagai pengurus acara di karnival e-Fest yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan aktiviti tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pendapatan bersih diperoleh disimpan untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Rakan-rakan yang banyak membantu. (FOTO UMT)
Rakan-rakan yang banyak membantu. (FOTO UMT)

Selain aktif dalam keusahawanan Khairulamri juga bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti anjuran universiti termasuk diberi kepercayaan menerajui program Monsoon Run 2017 sebagai Pengarah Projek.

“Alhamdulillah melalui aktiviti tersebut kami memperoleh penjanaan sebanyak RM35,000 dengan kehadiran peserta seramai 1,400 orang.

“Saya amat berterima kasih kepada Kosiswa UMT, pasukan Keusahawanan dan Kerjaya di bawah naungan Dr. Mohd Shaari bin Abd Rahman, sahabat dan keluarga kerana telah banyak membantu saya untuk berjaya dalam perniagaan dan keusahawanan ini dan ia merupakan pengalaman berharga sepanjang menuntut di UMT.

Merakam kenangan bersama Pengarah Keusahawanan dan Kerjaya, Dr. Mohd Shaari Abd Rahman. (FOTO UMT)
Merakam kenangan bersama Pengarah Keusahawanan dan Kerjaya, Dr. Mohd Shaari Abd Rahman. (FOTO UMT)

“Pesanan saya kepada mahasiswa di luar sana agar berusaha melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada diri dan orang lain. Dan yang paling penting berani mencuba sesuatu yang baru dan memberi faedah kepada semua,” kongsinya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BANGI – Hanya berlatih selama 4 jam dalam persembahan tetap menjadi keutamaan dengan mempamerkan bakat seni yang boleh dibanggakan oleh pelajar-pelajar baharu Universiti...
Peluang kerjaya graduan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim di sektor maritim sangat luas
GRADUAN dari Fakulti Kejuruteraan, Izzudin Aman Shah, 23 dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Istiadat Konvokesyen ke-58 Universiti Malaya (UM) 2018 selepas...
PUTRAJAYA - Mahu membalas jasa kedua ibu bapanya yang tidak pernah berhenti berdoa serta memberi sokongan mendorong Muhammad Haziq Nordin, 25, untuk menamatkan pengajian dengan...
CYBERJAYA – Dua graduan cacat pendengaran, Mohd. Farhan Kamarzaman dan Mutharasapan Lakshmanan berjaya membuktikan bahawa kekurangan pancaindera mereka tidak menjadi halangan...
ALOR GAJAH - Seramai 2,748 graduan akan menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam Majlis Konvokesyen Ke-14 Universiti Teknikal Malaysia Melaka...