> TERENGGANU > Terima ijazah anak yang dah tiada. "Hanya Tuhan saja yang tau perasaan kami..."
Terima ijazah anak yang dah tiada. "Hanya Tuhan saja yang tau perasaan kami..."
PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UMT Rabu | 14 November 2018

KUALA NERUS – Suasana pilu ternyata begitu terasa sekali tatkala nama Nurul Fazierah disebut. Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri sebaik menerima ijazah milik anak perempuan mereka yang meninggal dunia akibat menghidap kanser darah sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-16 di sini hari ini.

Mat Sidik Salleh, 63, dan Aminah Abu Bakar, 48, yang ditemani dua lagi anaknya hadir bagi mewakili Allahyarhamah Nurul Fazierah, 24, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Maritim).

Pada majlis konvokesyen itu, Mat Sidik dan Aminah menerima ijazah tersebut secara anumerta bagi pihak anak mereka yang disampaikan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.

Menurut Aminah, anak kedua daripada empat adik-beradik itu meninggal dunia pada 26 Januari lalu selepas disahkan menghidap penyakit kanser darah pada penghujung tahun 2016.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami ketika nama Nurul Fazierah diumumkan untuk menerima ijazah.

“Masa juga berlalu terlalu pantas buat kami sekeluarga kerana Nurul Fazierah tidak sempat memulakan latihan industri dan naik ke atas pentas ini untuk mengambil ijazahnya.

“Kami sekeluarga gagahkan jua untuk mengambil skrol ini walaupun perasaan sebak sentiasa menyelubungi setiap kali mengenangkan arwah. Hanya ini kenangan terakhir arwah untuk kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui media.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BATU PAHAT - Hanya linangan air mata mampu dizahirkan sepasang suami isteri tatkala menerima ijazah milik Allahyarham anak mereka sempena istiadat konvokesyen di Universiti Tun...
Hai geng! Pasti kamu, kamu dan kamu yang membaca coretanku ini sama sepertiku... anak sulung perempuan. Aku anak sulung perempuan daripada lima beradik. Sudah tentunya paling...
ALOR GAJAH - “Berat sebenarnya hati nak datang mengenangkan anak bongsu pak cik telah tiada, namun memikirkan inilah pengorbanannya yang berjaya menyambung pengajian di...
Bermula dengan modal kosong di tangan, Hazwani Abd Hamid, 36 percaya kuasa ilmu, pengalaman, dedikasi dan pergantungan kuat pada Allah dapat membentuk kejayaan yang cemerlang serta...
Pertama kali merasakan perpisahan yang amat jauh dari keluarga, perasaan bercampur-baur, sedih, gembira, takut dan gementar. Tapi digagahkan juga dirinya demi harapan keluarga dan...
UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) menegaskan bahawa foto boya yang tular dalam media sosial sejak hari ini (4 Oktober 2018) adalah TIADA KAITAN DENGAN PERALATAN PENGESANAN...