> Guru tahun 1969 dikunjungi alumni ILKBS
Guru tahun 1969 dikunjungi alumni ILKBS
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 19 November 2018

CHANGLON – Guru Jahitan di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (PLBNP) Kuala Kubu Bharu, Selangor tahun 1969 hingga 1991 Soin Haron dikunjungi oleh Presiden Persatuan Alumni Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia Samsudin Oli Mohamed di Changlon baru-baru ini semasa menghadiri konvokesyen cucu beliau di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.

Beliau yang telah berkhidmat selama 22 tahun telah melahirkan ribuan mereka yang mahir dalam bidang jahitan di PLBNP yang kini dikenali dengan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.

"Walaupun saya bukan pelajar jahitan kelasnya, tetapi kami dari jurusan lain juga sentiasa mendapat bimbingan dan nasihat beliau dalam tatacara untuk mendisiplinkan diri dan berjaya dalam hidup serta berbakti kepada keluarga," ujarnya ketika ditemui.

Soin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayahanda’ dalam kalangan pelajar PLBNP sentiasa memotivasikan pelajarnya walaupun telah bersara pada tahun 1991.

Anak muridnya sentiasa berhubung dan menziarahi beliau bila berkelapangan.

Dalam kesempatan kehadiran beliau ke UUM Sintok untuk menghadiri konvokesyen cucunya Muhammad Firdaus Mukhtar baru-baru ini, Samsudin menziarahi dan menyampaikan cenderamata Lanyard dan Lencana ‘Proud To Be Alumni ILKBS’ yang diilhamkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Dr Wasitah Mohd Yusof.

"Saya juga berpeluang untuk berkongsi maklumat mengenai kerjaya dan perkembangan kalangan Alumni ILKBS yang masing-masing telah berjaya setelah menamatkan pengajian mereka termasuk ada yang memiliki Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah," sambungnya lagi.

Persatuan Alumni ILKBS telah didaftarkan secara rasmi pada Februari 2017 dan dianggotai oleh lepasan dari 22 institut yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Lebih 100,000 alumni telah dilahirkan oleh KBS selama 53 tahun dalam bidang kemahiran yang menjadi rebutan pihak industri, badan korporat, badan berkanun, sektor awam selain daripada berjaya menjadi usahawan di negara ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
TANJUNG MALIM - Sekumpulan 36 peserta kursus yang sesat dan terperangkap ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan hutan bersempadanan antara Perak dan Selangor di sini...
SHAH ALAM - DRB-Hicom University of Automotive Malaysia (DRB-Hicom University) baru-baru ini telah merangkul juara dalam pertandingan WorldSkills Malaysia bagi Kategori Belia...
PUTRAJAYA - Bagi melahirkan graduan profesional yang kini menjadi rebutan pasaran industri dunia, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia...
Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia disaran terlibat dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada 22 ILKBS terdiri dari Institut...
Kalau dahulu bidang jahitan lebih sinonim dengan kaum hawa, namun kini bidang tersebut dilihat turut mendapat permintaan di kalangan kaum lelaki, bersesuaian dengan perubahan zaman...
Seramai 5,165 graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia akan dianugerahkan Diploma Lanjutan Teknologi (30), Diploma Teknologi (1115), Sijil Lanjutan...