> PERAK > ILP Ipoh diserbu
ILP Ipoh diserbu
SAIFULLAH AHMAD Isnin | 19 November 2018

IPOH - Lebih 800 pencari kerja berkunjung ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, di sini sempena program Karnival Kerjaya dengan kerjasama JobsMalaysia Perak.

Pengarah ILP Ipoh, Jamil Yahya berkata, program tersebut merupakan serampang dua mata iaitu membantu lepasan ILP mendapatkan pekerjaan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, penganjur pertama bagi tahun 2018 itu disifatkan berjaya dengan penglibatan 30 syarikat di sekitar Perak dan beberapa syarikat lagi di luar Perak.

"Ini merupakan program tahunan kita. Biasanya kita buat dua kali setahun tetapi pada tahun ini hanya sekali.

"Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar ILP tetapi turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan," katanya pada Program Karnival Kerjaya ILP Ipoh, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Jamil berkata, lebih 90 peratus lepasan ILP berjaya mendapat pekerjaan atau menyambung pengajian selepas tamat pengajian.

"ILP Ipoh kini sedang buat pengambilan pelajar baru bagi sesi kemasukan Januari 2019 dan mereka yang berminat boleh membuat permohonan terus ke ILP Ipoh atau melayari laman web," katanya.

Sementara itu, Pengurus JobsMalaysia Perak, Joanna Inbarani Thawamany berkata, pihaknya sentiasa berusaha membantu orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan.

"Peluang pekerjaan sebenarnya banyak dan tak timbul soal ramai yang menganggur melainkan mereka memilih pekerjaan.

"Program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dan paling dekat adalah pada 30 November nanti di Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), Kuala Kangsar," katanya.

Menurutnya, pada karnival kerjaya kali ini kebanyakan yang hadir adalah golongan muda dan lepasan graduan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MARANG - Pengurusan dan pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang di Bukit Parit di sini, berjaya memperoleh 39 beg darah melalui penganjuran kempen Derma Darah di...
LABUAN - Dua penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) ditahan kerana terlibat dalam kegiatan lumba haram, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Labuan Deputi Superintendan...
KUALA LUMPUR - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan perasmian program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) antara Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur...
SUNGAI LANG - Seramai empat alumni Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berkongsi pengalaman masing-masing pada forum 'Sirih Pulang Ke Gagang'. Ketua Unit Kebolehpasaran...
PUTRAJAYA - Seramai 874 graduan diraikan di dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti kali ke-17 yang melibatkan dua kampus iaitu Kolej Uniti Port Dickson dan Kolej Uniti Kota...
SERDANG - Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi kejayaan program Penyelidikan Peralihan (Translational Research) ke arah Penghakupayaan Komuniti (Community...