> KELANTAN > UMK kembang produk kreatif bertaraf dunia
UMK kembang produk kreatif bertaraf dunia
NORHASRAM MOHAMAD Selasa | 20 November 2018

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan peluang untuk penuntutnya mengembangkan produk kreatif bertaraf antarabangsa.

Timbalan Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Husaini Omar berkata, kreativiti perlu dikembangkan dengan pantas kerana ia juga mampu menjana ekonomi negara.

“Produk kreatif kita ini perlu dikongsikan ke negara-negara luar kerana kita tidak tahu penerimaan negara luar selagi kita tidak memperkenalkan produk kita.

“Kita ada kelengkapan, kita juga ada teknologi, tidak mungkin kita gagal melahirkan penuntut berkreativiti tinggi daripada 1,000 penuntut Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) kita ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Simposium Pendidikan Bahasa dan Seni Kali Ke-4 (Isola) 2018 di UMK di sini, semalam.

Turut hadir Karyawan Tamu FTKW, Datuk Jurey Latid Rosli dan Dekan FTKW, Profesor Ahamad Tarmizi Azizan.

Husaini berharap kreativiti penuntut dapat dikembangkan dengan baik menerusi simposium tersebut.

Melalui simposium katanya, penuntut FTKW berpeluang mempersembahkan kemahiran atau mempertontonkan produk dihasilkan.

“Apa yang kita pelajari selama ini kita terjemahkan, kita persembahkan kepada khalayak supaya idea kita tidak terperap begitu sahaja,” katanya.

Jelasnya, perkongsian dibuat dengan negara serantau seperti Thailand dan Indonesia sebelum dikembangkan ke negara lain di Asia dan seluruh dunia.

“Kita kena bergerak laju dalam bidang kreatif ini, tunjukkan hasil kita sama ada melalui simposium, pertandingan atau pameran.

“UMK sebagai universiti keusahawanan sentiasa komited membantu penuntut menghasilkan produk kreatif yang tinggi nilainya,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
GENDANG gendut tali kecapi, kenyang perut senanglah hati. Pantun dua kerat ini mungkin biasa kita dengar, tetapi berapa ramai pula yang mengenali alat muzik bernama kecapi? Di...
KOTA BHARU - Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra mahu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mampu untuk menjadi peneraju ke arah kecemerlangan hab pendidikan di...
KOTA BHARU - Produktiviti, modal insan dan peningkatan kualiti adalah tiga perkara tidak boleh dipandang bermusim kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menggerakkan...
KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus komited memperkasa bidang keusahawanan dengan mengadakan Seminar Keusahawanan dan Perniagaan Antarabangsa (ISEB) kali ke-6 di...
JELI- Sebanyak 3,132 tempat ditawarkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada mahasiswa baharu bagi sesi September 2018/2019 yang mula mendaftar semalam. Timbalan Naib Canselor...
PENGKALAN CHEPA - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof, Dr. Mohd Rafi Yaacob, mengetuai bacaan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama 13...