> SEL KL > Kontinjen UIAM sertai perarakan Maulidur Rasul, raih tempat ke-3 sepanduk terbaik
Kontinjen UIAM sertai perarakan Maulidur Rasul, raih tempat ke-3 sepanduk terbaik
ROSLAN ROSLY, UIAM Selasa | 20 November 2018

SHAH ALAM - Seramai 40 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor di sini hari ini.

Kontinjen UIAM diketuai oleh Ustaz Mohamad Solahuddin Mohammed, Pembantu Agama

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak. Setiap pasukan yang menyertai berarak sejauh 1.3 kilometer dan berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir mencemar duli menyambut sambutan Maulidur Rasul itu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Dalam majlis yang sama, kontinjen perarakan UIAM memenangi tempat ke-3 sepanduk terbaik untuk kategori IPTA/IPTS/NGO dan Masjid. Hadiah disampaikan oleh Sultan Selangor.

Objektif penyertaan kali ini ialah untuk sama-sama menyemarakkan sambutan hari kelahiran Keputeraan Baginda Rasulullah SAW dan turut sama menghayati perjuangan Baginda dalam menyebarkan luaskan syiar Islam.

Ketua kontinjen Mohamad Solahuddin ketika ditemui berkata, semangat dan kerjasama rakan-rakan amat dihargai. Walaupun hari bercuti tetapi mereka semua tetap bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

“Walaupun hari ini adalah cuti umum, namun semangat yang ditunukkan rakan-rakan sangat baik kerana masing-masing ingin bersama-sama menyambut Maulidur Rasul dan mengenang segala jasa Baginda Nabi Muhammad SAW.”

“Saya juga mengucapkan terima kasih dan terharu kerana kontinjen UIAM terpilih tempat ke-3 sepanduk terbaik dan ia satu rezeki untuk kontinjen UIAM,” katanya.

Ini adalah penyertaan untuk tahun ke-5 UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor dan pernah menyertai perarakan peringkat kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya pada tahun 2013.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
GOMBAK - Sambutan Hari Raya Aidiladha warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun ini disambut meriah. Warga UIAM yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar...
GOMBAK - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18 (MPP UIAM), Raudhatul Jannah Mohd Rozli...
Tiga orang atlet Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mewakili negara dalam acara sukan handball untuk Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta, Palembang Indonesia...
GOMBAK - Siswaprenuer Showcase siri ke-3 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 September yang berlangsung di Ruang Legar Utama Melawati Mall Kuala Lumpur dapat...
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa universiti swasta tempatan dan antarabangsa membuka kampus cawangan mereka di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Menteri...
CYBERJAYA - Seramai 1,790 huffaz profesional dalam pelbagai bidang akademik telah dilahirkan melalui kerjasama antara Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan...