> MLK N.9 > MyAgrosis USIM dedah mahasiswa dengan pertanian dan penternakan
MyAgrosis USIM dedah mahasiswa dengan pertanian dan penternakan
ZALMIMAZURA ZAHARI Rabu | 21 November 2018

Mahasiswa bercucuk tanam dan menternak di dalam kampus? Kedengaran agak janggal, tapi itulah yang dilakukan oleh ahli Sekretariat MyAgrosis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) agar siswa siswi mendapat pendedahan mengenai sistem pengurusan tanaman fertigasi dengan cemerlangnya.

Menurut Presiden Sekretariat MyAgrosis sesi 18/19 USIM, Badrun Hisyam Ibrahim MyAgrosis USIM mendapat banyak input dan bimbingan kerjasama daripada Agensi MARDI dan Jabatan Pertanian bagi memantau dan memastikan latihan teknikal serta asas tani dapat disalurkan terus kepada siswa siswi dengan baik.

Badrun Hisyam Ibrahim
Badrun Hisyam Ibrahim

“Sekretariat ini di bawah seliaan Pusat Pembangunan Keusahawanan Universiti USIM (PKUU) di mana pengarahnya ialah Dr Muhammad Azrin Nazri dan penyelaras Yusri Shamsuddin. Sekretariat ini secara tidak langsung menerapkan unsur-unsur kemahiran insaniah di samping mempelajari teori dan praktikal tentang ilmu pertanian dan penternakan,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ini.

Menariknya Sekretariat MyAgrosis ini terbahagi kepada tiga unit projek, pertama Unit Fertigasi (agro-ladang) yang mana mengusahakan projek tanaman seperti tanaman terbatas iaitu tanaman 3 bulan (cili, terung) tanaman 3 minggu (sawi, kangkung, bayam) dan tanaman evergreen (serai, kacang botol, kacang panjang), tanaman fertigasi (rock melon- masih dalam latihan).

sayur bayam
Sayur bayam

Antara penternakan ikan keli yang diusahakan oleh Sekretariat MyAgrosis USIM.
Antara penternakan ikan keli yang diusahakan oleh Sekretariat MyAgrosis USIM.

Kedua, Unit Akuakultur (agro- penternakan) yang mengusahakan projek ternakan ikan keli yang mana mengeluarkan 2 jenis produk iaitu ikan keli mentah dan ikan keli frozen (ikan keli perisa za’faron dan kunyit). Manakala yang ketiga, Unit K-Shoppe (agro- niaga) yang mana mengusahakan projek niaga di Pusat Keusahawanan Pelajar (KPK) USIM. Melalui unit ini pelbagai produk dijual seperti jagung madu, minuman green tea dan pau.

Mulai tahun ini, Sekretariat MyAgrosis USIM bergerak dengan menggunakan modul Kebun Dalam Universiti (KDU). Ianya diperkenalkan oleh penyelaras Sekretariat MyAgrosis iaitu Yusri Shamsuddin. Modul KDU ini adalah menekankan 3 konsep iaitu kursus/latihan, sharing knowledge dan praktikal.

Kunjungan hormat YB Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, ke tapak Rhaudatul Fallah, Sekretariat MyAgrosis.
Kunjungan hormat YB Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, ke tapak Rhaudatul Fallah, Sekretariat MyAgrosis.

“Kalau ditanya kenapa saya memilih bidang usahawan, sebenarnya ia bermula dengan kokurikulum MyAgrosis selama satu semester sahaja semasa tahun 1. Kemudian atas dorongan pensyarah dan kawan-kawan saya join Sekretariat USIM. Ini kerana saya lihat program sebegini dapat memberi manfaat pada masa akan datang. Alhamdulillah, sekarang di tahun 3, baru saya nampak kelebihan dan hala tuju apabila menyertai sekretariat ini.

“Pada saya program yang dianjurkan ini sangat bagus kerana dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa sekali gus mempelajari sistem pengurusan tanaman fertigasi, ternakan akuakultur dan peruncitan. Ini secara tak langsung melahirkan usahawan muda dalam kalangan mahasiswa sesuai dengan kehendak kerajaan mendidik generasi muda dalam sektor usaha tani,” katanya.

INFO:Kelab MyAgrosis adalah kelab yang ditubuhkan untuk para siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh negara yang berminat untuk menjadi usahawan tani. Di sebalik penubuhan kelab ini pihak Agrobank bertindak sebagai tulang belakang bagi merealisasikan matlamat MyAgrosis. Kerjasama ini memberi kemudahan kredit bagi graduan yang berminat untuk menceburi aktiviti pertanian secara serius. Kewujudan K-Shoppe Mini Market, Tanaman Fertigasi dan Ternakan Akuakultur adalah kesinambungan dalam penubuhan kelab MyAgrosis di kalangan siswazah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Apabila melangkah memasuki alam universiti, perkara pertama yang harus disedari ialah ia mempunyai budaya, cara hidup dan pengisian yang jauh berbeza dari alam persekolahan. Sudah...
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan perlu mengambil satu pendekatan berlainan dengan memberi lebih banyak agihan peruntukan kepada universiti-universiti baharu yang tidak mencapai...
GADIS ini antara contoh terbaik belia bijak mengambil peluang, di samping menabur bakti untuk anak bangsa sebaik tamat pengajian di institusi pengajian tinggi. Naib juara pentas...
NILAI – Sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar para siswanya ke empat buah negara di bawah program Global Islamic...
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Mengikuti secara dekat sesi perbahasan di Dewan Rakyat memberi pengalaman baharu kepada Pentadbir dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang...
NILAI – Bergema Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan tembakan senjata Colt M-16 apabila seramai 158 orang pelatih Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis...