> AKTIVITI KAMPUS > Mahasiswa UTHM santuni pelajar-pelajar pendidikan khas SK Ledang
Mahasiswa UTHM santuni pelajar-pelajar pendidikan khas SK Ledang
KANGZHE CHIN, UTHM Khamis | 22 November 2018

PAGOH - Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Pengurusan Diri Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Mara Bakti Jaya bersama-sama pelajar-pelajar pendidikan khas dari Sk Ledang, Johor pada 17 November 2018 (Sabtu) bertempat di Bangunan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar UTHM dengan pelajar-pelajar eksklusif sebagai simbolik keprihatinan kami terhadap mereka. Hal ini disebabkan, mereka sering dipinggirkan masyarakat dan sering dipandang serong. Oleh itu, program ini dapat memupuk kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan seperti ini bukanlah seperti yang disangka malahan sebenarnya mereka boleh menjana kejayaan yang diingini jika dididik, diurus dan dipandu dengan kaedah yang sesuai.

Bersama pelajar pendidikan khas SK Ledang.
Bersama pelajar pendidikan khas SK Ledang.

Sebagai pelajar pula, peranan mereka bukanlah sekadar di sekitar ruang lingkup kuliah tetapi agen penggerak masyarakat dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Dengan ini, secara tidak langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan program yang dijalankan dengan jayanya.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Muar, Tuan Mohd Fairul Surian selaku perasmi diiringi Guru Besar SK Ledang, Kamarudin Ibrahim, aktiviti kokurikulum dan kesukarelawanan harus diberi perhatian.

"Aktiviti ini tidak harus ditinggalkan pelajar kerana merupakan suatu kemahiran tambahan untuk mencari pekerjaan pada masa akan datang," katanya.

Manakala Masnorliza Othman sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas berkata, peserta ini jika kita cuba dekati mereka, mereka sebenarnya lebih seronok dan gembira.

Pertandingan sukan dalam kumpulan.
Pertandingan sukan dalam kumpulan.

Sementara pengarah program, Cassandra Tan Hui Ming pula menyeru agar aktiviti seumpama ini dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.

Manakala penyelaras kursus Ijlal Mearaj menjelaskan, program yang disertai seramai 26 orang pelajar pendidikan khas terdiri daripada orang kurang upaya, autisme, pekak, bisu, slow learner, sindrom down dan lembam dan sembilan orang guru pengiring ini perlulah sentiasa diangkat dan diketengahkan agar peserta tidak berasa diketepikan.

Aktiviti 'We are the champion'.
Aktiviti 'We are the champion'.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini seperti senamrobik, scrabble, puzzle, menara gading, pemakanan sihat, dan penampilan positif. Di samping itu, semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa yang berbilang bangsa dan agama dapat diwujudkan melalui program yang dijalankan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BATU PAHAT - Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama pihak Universitas Riau Kepulauan (Unrika), Indonesia mengadakan program...
BATU PAHAT – Teruja untuk merasakan pengalaman berkhidmat kepada masyarakat di luar negara adalah salah satu respons daripada salah seorang dari 20 peserta program Mobiliti...
KUALA KUBU BHARU - Seramai 37 mahasiswa Diploma Pengajian Prasekolah dari Universiti Selangor (Unisel) telah berjaya menjalankan program "Unisel Thought Beyond the Box"...
KEHIDUPAN kampus adalah suatu fasa baharu bagi siswa yang baru melangkah ke menara gading. Perjalanan sebagai penuntut universiti adalah sesuatu yang asing dan berbeza daripada...
Kekurangan diri bukan halangan buat Abdul Hakim Abdul Majid, 19, untuk membuktikan bahawa dia juga mampu untuk menggapai impian ke menara gading. Pelajar jurusan Pendidikan Khas di...
BATU PAHAT - Kerajaan negeri telah mengenal pasti dua lokasi yang bakal menempatkan para atlet serta pegawai bagi enam acara di dua daerah sempena Sukma ke-20 nanti. Exco Belia,...