> KELANTAN > 13 pusat tanggungjawab UMK lafaz ikrar bebas rasuah, tingkatkan tadbir urus dan intergriti
13 pusat tanggungjawab UMK lafaz ikrar bebas rasuah, tingkatkan tadbir urus dan intergriti
SYARIME WOSLEY, UMK Jumaat | 23 November 2018

PENGKALAN CHEPA - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof, Dr. Mohd Rafi Yaacob, mengetuai bacaan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama 13 Pusat Tanggungjawab (PTj) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat UMK pada Rabu lalu di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

Bacaan ikrar dan majlis menandatangani dokumen IBR disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan, Ramli Ismail dan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.

UMK2

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof, Dr. Zaliman Sauli dan Menjalankan Tugas Pendaftar, Mohd Akhmal Abu Bakar.

Sambutan Hari Integriti UMK diadakan warga UMK yang mencerminkan komitmen untuk memastikan UMK bersih dan bebas daripada belenggu jenayah rasuah serta salah guna kuasa.

UMK1

Terdahulu, turut diadakan Ceramah Integriti: Shh...! Itu Rahsia (Akta Rahsia Rasmi 1972) yang disampaikan Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, Ibirin Anak Ina.

Justeru itu, pihak Pengurusan Universiti berharap warga UMK mengamalkan tadbir urus cemerlang yang berpaksikan ketelusan, integriti dan profesionalisme yang tinggi selaras dengan Visi dan Misi UMK.

Laungkan semangat IKRAR BEBAS RASUAH.

UMK3


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
JELI- Sebanyak 3,132 tempat ditawarkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada mahasiswa baharu bagi sesi September 2018/2019 yang mula mendaftar semalam. Timbalan Naib Canselor...
Program Karnival Sekolah/Kluster Angkat (Kaska) 2017 anjuran Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) tahun ini dilaksanakan dengan melibatkan Science, Technology,...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 2,451 pelajar baharu bagi sesi kemasukan 2018/2019 hari ini, makin memperlihatkan ia sebagai salah sebuah...
SEJAJAR dengan aspirasi Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menerbitkan buku muzik yang berkualiti dan boleh dipasarkan ke...
SINTOK - Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membantu negara melahirkan tenaga profesional dalam pelbagai bidang kursus seperti perniagaan, komputer, teknologi maklumat,...
BATU PAHAT – Teruja untuk merasakan pengalaman berkhidmat kepada masyarakat di luar negara adalah salah satu respons daripada salah seorang dari 20 peserta program Mobiliti...