> Pelajar PTSS hasil inovasi Poutergeist bantu pengusaha Pau Bakar
Pelajar PTSS hasil inovasi Poutergeist bantu pengusaha Pau Bakar
SHAHRIL ANNUAR AHMAD, PTSS 24 November 2018

ARAU – Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) baru-baru telah berjaya menghasilkan satu inovasi yang dinamakan Poutergeist mesin untuk membentuk inti Pau Bakar dengan cepat berbanding kaedah tradisional yang dibentuk dengan menggunakan tenaga manusia. Inovasi itu dihasilkan oleh sekumpulan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSS iaitu Nurul Atiqah Mohamad Fadli, Nur Adlin Sakinah Zulkefli, Shahira Ahmad Hizlan, Muhammad Hairi Amair Hashim dan Muhammad Syazwan Rostam Shah di bawah penyeliaan pensyarah mereka Suhairi Ahmad.

Nurul Atiqah berkata, inovasi mesin ini dihasilkan daripada tinjauan masalah yang dihadapi oleh usahawan bimbingan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kawasan Kubang Rotan, Kedah iaitu Azizah Ahmad. Katanya lagi, inovasi itu bermula daripada masalah pembentukan inti Pau Bakar yang lambat menggunakan tenaga manusia seramai dua orang untuk membentuk inti. Permasalahan inilah menjadi titik tolak terhadap penghasilan inovasi mesin Poutergeist untuk mengatasi masalah tersebut.

“Inovasi yang dihasilkan dengan pemasangan komponen mekanikal yang terdiri daripada pemampat, pengisar, mekanisme tali sawat dan juga struktur kemasan mesin tersebut agar mesra pengguna. Cetusan inovasi ini dibuat untuk memenuhi keperluan Projek Tahun Akhir sebelum di anugerah diploma.Projek ini juga memenuhi keperluan projek inovasi yang aplikasikan seiring dengan keperluan Technical and Vocational Education and Training (TVET) negara,” katanya.

Azizah Ahmad, pengusaha kuih Pau Bakar berkata, mesin yang dihasilkan sangat membantu beliau untuk mempertingkatkan pengeluaran kuih Pau Bakar. Kebiasaannya menggunakan tenaga manusia, satu jam beliau hanya berupaya menghasilkan 800 biji inti tetapi dengan adanya mesin hasil dari inovasi pelajar ini pengeluaran inti dapat ditingkatkan dalam satu jam berupaya menghasilkan 2200 biji inti dan mempercepat penghasilan kuih Pau Bakar.

Azizah bersama pekerjanya sedang menghasilkan kuih Pau Bakar.
Azizah bersama pekerjanya sedang menghasilkan kuih Pau Bakar.

Menurut beliau lagi, kedainya yang beroperasi di Kampung Kelongchor, Kubang Rotan dengan nama Pau Bakar Azizah Ahmad sering menjadi tumpuan khususnya warga dewasa memandangkan ianya diminati ramai dan selalu ditempah oleh pemborong untuk dijual di pasaraya.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar dan pihak PTSS atas bantuan penghasilan mesin Poutergeist dan khidmat bantuan yang diberikan dalam menambahkan penghasilan kuih Pau Bakar,” katanya.

Menurut Suhairi, Penyelia pelajar berkenan berkata, pelajar wajib melakukan satu projek pelajar di akhir semester bagi membolehkan mereka bergraduasi.

“Tema projek pelajar pada tahun ini yang menekankan pelajar untuk membantu golongan industri kecil sederhana dalam memproses bahan makanan dengan projek yang mereka lakukan. Akhirnya, mereka memilih mesin Poutergeist sebagai projek mereka. Alhamdulillah dengan terlaksananya projek dengan jayanya ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Ketua Jabatan Mekanikal PTSS Nazri Che Kamis menyerahkan dokumen penyerahan mesin inovasi kepada pengusaha Pau Bakar Azizah Ahmad.
Ketua Jabatan Mekanikal PTSS Nazri Che Kamis menyerahkan dokumen penyerahan mesin inovasi kepada pengusaha Pau Bakar Azizah Ahmad.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, beliau berasa bangga kerana inovasi yang dihasilkan ini boleh membantu industri kecil dalam memperkembangkan perniagaan mereka. Ini adalah satu sumbangan politeknik kepada masyarakat kerana bantuan yang diberikan ini boleh membuka mata masyarakat tentang kebaikan belajar di politeknik kerana politeknik berjaya menghasilkan pelajar yang kreatif dan inovatif selaras dengan TVET dan kerajaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PERLIS - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerima Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) dalam Majlis Penyampaian Hadiah MTSF ke-25,...
ARAU - “3rd Innovation Competition 2018” yang telah dianjurkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) ini telah mencetuskan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan...
MERSING - Sebanyak 15 Politeknik dari seluruh Malaysia melibatkan dua bidang iaitu Information Technology (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi), dan Creative Technology...
ARAU – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS), telah berjaya memenangi Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) pada Majlis...
ARAU – “Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) Politeknik Zon Utara berjaya menjana RM61,000 dari hasil jualan yang dibuat sepanjang 2 hari program ini diadakan di Politeknik...
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) mencipta sejarah apabila menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 21001: 2018 baru-baru ini. PTSS merupakan salah satu politeknik...