> KONVO > Konvokesyen UNITAR rai lebih 2,000 graduan
Konvokesyen UNITAR rai lebih 2,000 graduan
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 26 November 2018

KELANA JAYA - Seramai lebih 2,000 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UNITAR International University (UNITAR) Ke-6 pada 1 Disember ini.

Naib Canselornya, Profesor Dr. Noor Raihan Ab. Hamid berkata, daripada jumlah itu, 289 dianugerahkan sarjana manakala 1,862 adalah sarjana muda dan diploma.

Menurutnya, #URFuture pada tahun ini meraikan kohort pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kepujian dan Diploma Seni Persembahan Kanak-kanak.

Katanya, melalui kerjasama pintar dengan industri bagi memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar menerusi konsep pembelajaran melalui pengalaman, UNITAR akan memperkenalkan 5 Anugerah Industri daripada Maxis Berhad, Revenue Valley Sdn Bhd, Finance Accreditation Agency (FAA), Biz Academia Sdn Bhd and Pelangi Publishing Sdn Bhd.

“Dengan bertema ‘Bermulanya di sini...’, graduan akan meneroka masa depan masing-masing dengan membawa karakter profesionalisme dan intelektual yang diterapkan sepanjang berada di UNITAR,” katanya.

Menurutnya, bersempena dengan Majlis Konvokesyen UNITAR International University (UNITAR) Ke-6 ini, UNITAR akan turut menganjurkan Karnival ‘Chillax Fest’ selama 2 hari bermula 28 dan 29 November ini.

“UNITAR telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertandingan nyanyian ‘UNITAR Chillax STAR’, Pertandingan Tarian Moden ‘UNITAR Chillax PUMP IT UP’, gerai jualan, ‘Food Truck’ dan banyak lagi.

“Kami menjemput orang ramai hadir memeriahkan lagi Karnival ‘Chillax Fest’ ini yang berlangsung di UNITAR, Kampus Induk Kelana Jaya,” katanya.

UNITAR menyediakan program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang seperti Perakauanan, Perniagaan, Kewangan & Perbankan, Pengurusan, Teknologi Maklumat, Komunikasi, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Bimbingan Dan Kaunseling, Kemanusiaan, Hospitaliti, Kulinari Dan Pelancongan.

Kemasukan UNITAR bagi pengambilan Januari 2019 kini dibuka di kampus induk bertempat di Kelana Jaya dan 10 kampus lain di seluruh negara termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan Melaka.

Pelbagai promosi istimewa bagi pengambilan Januari 2019 menanti anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unitar.my atau hubungi talian tetap di 03-7627 7200 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MELAKA - Penerima Anugerah Pingat Emas Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Nur Irdina Hazirah Nor Zeland, 22 nekad membuktikan wanita mampu berjaya dalam teknologi...
JELI - Graduan Politeknik Jeli boleh dikatakan antara yang menjadi rebutan apabila mencapai tahap kebolehpasaran yang tinggi berbanding politeknik lain di negara ini. Ketua...
BAGI memberi pendedahan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengenai peluang menyambung pengajian di institusi pengajian...
ARAU - Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertanggungjawab memperkasa universiti dengan menjadi insan beramanah, jujur, bertaqwa, tawaduk dan berintegriti...
MAJLIS Istiadat Konvokesyen Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) yang saban tahun diadakan bagi meraikan para mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berjaya menamatkan...
SERDANG - Hasil menjual kudapan seperti aneka keropok berbungkus yang diletakkan di semua perhentian bas dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menampung pengajian dua...