> KELANTAN > UMK terus perkasa bidang keusahawanan
UMK terus perkasa bidang keusahawanan
BERNAMA Isnin | 26 November 2018

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus komited memperkasa bidang keusahawanan dengan mengadakan Seminar Keusahawanan dan Perniagaan Antarabangsa (ISEB) kali ke-6 di sini.

Naib Canselornya, Datuk Husaini Omar berkata, seminar itu dengan kerjasama Universitas Jayabaya dan Universitas La Tansa Indonesia adalah platform perkongsian kajian terbaharu dalam bidang keusahawanan.

"Program ini adalah antara usaha UMK bagi memperkasa bidang keusahawanan dalam mendepani Revolusi Industri 4.0. Platform sebegini mampu membuka ruang kepada UMK khususnya Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) membina jaringan dan kerjasama dengan pemain industri dan institusi yang berkaitan dalam perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar berkenaan yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Tiga sesi pembentangan dan forum perbincangan berhubung bidang keusahawanan diadakan sepanjang seminar berlangsung oleh beberapa panel jemputan termasuk Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Sementara itu, Ameer Ali berkata, dunia perniagaan semakin mencabar dan melalui persaingan yang sengit namun sikap tidak berputus asa perlu menjadi asas kuat untuk berjaya.

"Platform membeli belah secara atas talian juga makin mendapat perhatian. Keadaan ini menuntut usahawan lebih kreatif dan bergerak seiring perkembangan teknologi tanpa meminggirkan nilai moral," katanya.

Menyentuh berhubung revolusi industri 4.0 beliau yakin masyarakat akan mampu menyesuaikan diri dengan peralihan tersebut seperti mana yang dilakukan masyarakat terhadap perkembangan teknologi ketika ini. - Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Bermatlamatkan menggalakkan pembudayaan dan perkongsian idea
KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah sebagai universiti awam pertama melancarkan e-sedekah melalui imbasan Quick Response Code (QR Code) atau dikenali...
MEMPELAJARI dan memahami apa yang terkandung dalam al-Quran dan mengamalkannya adalah jalan terbaik untuk meraih syurga ALLAH, ujar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia...
BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan peluang untuk penuntutnya mengembangkan produk kreatif bertaraf antarabangsa. Timbalan Canselor UMK, Profesor Datuk Dr...
PENGKALAN CHEPA - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof, Dr. Mohd Rafi Yaacob, mengetuai bacaan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama 13...
JELI- Sebanyak 3,132 tempat ditawarkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada mahasiswa baharu bagi sesi September 2018/2019 yang mula mendaftar semalam. Timbalan Naib Canselor...