> Inovasi UPM bantu petani hapus ancaman siput gondang
Inovasi UPM bantu petani hapus ancaman siput gondang
27 November 2018

SIPUT gondang emas (SGE) atau nama saintifiknya Pomacea spp. merupakan antara ancaman utama penanaman padi di Malaysia dan boleh menjejaskan pengeluaran hasil padi negara.

Bagi mengatasi masalah tersebut, sekumpulan pakar pertanian dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai Prof. Dr. Rita Muhamad Awang telah memformulasikan inovasi Sapputra Nanoemulsion bagi mengawal serangan siput gondang.

Dr. Rita (kanan) yang mengetuai penyelidikan dan penghasilan produk Sapputra Nanoemulsion. (FOTO UPM)
Dr. Rita (kanan) yang mengetuai penyelidikan dan penghasilan produk Sapputra Nanoemulsion. (FOTO UPM)

Menurut Dr. Rita, Sapputra Nanoemulsion berfungsi sebagai formulasi anti pemakanan (anti-feedant) kepada siput gondang.

“Teknologi ini dicipta menggunakan bahan-bahan berasaskan tanaman yang selamat untuk digunakan dan boleh diklasifikasikan sebagai teknologi hijau. Ia merupakan formulasi emulsi berasaskan air (EC) yang mengandungi partikel-partikel nano yang mana ia dapat meningkatkan keberkesanan formulasi ini. Yang lebih utama, ia mengandungi keupayaan untuk bertindak sebagai anti-pemakanan bagi siput gondang,” jelasnya.

Selain itu tambahnya, ia mampu meminimumkan kebergantungan penanam padi terhadap penggunaan racun siput kimia, di samping dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan pengguna dan pencemaran alam sekitar.

SAPPUTRA NANOEMULSION
SAPPUTRA NANOEMULSION

“Penghasilan inovasi ini merupakan inisiatif kumpulan penyelidikan kami bagi membantu untuk menyelesaikan permasalahan isu kawalan kepada kelestarian, jaminan dan keselamatan penghasilan produk makanan. Selain itu, kami cuba untuk mengubah amalan kebiasaan petani dengan menggunakan formulasi berteknologi hijau," katanya lagi.

Penyelidikan yang telah dijalankan sejak 2011 ini melibatkan penyelidik UPM iaitu Dr. Anis Syahirah Mokhtar dan Prof. Dr. Dzolkhifli Omar serta mendapat dana daripada Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi, Geran Putra Penyelidikan dan Inovasi (GPPI) serta Platcom Ventures Sdn. Bhd. dari Agensi Inovasi Malaysia.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris (tiga, kiri) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Haji Salahuddin Ayub (dua, kanan) semasa pelancaran Sapputra Nanoemulsion.
Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris (tiga, kiri) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Haji Salahuddin Ayub (dua, kanan) semasa pelancaran Sapputra Nanoemulsion.

INFO:

Walaupun dikatakan 'musuh tanaman', siput gondang yang juga dikenali sebagai siput sawah atau siput air merupakan sejenis siput yang kaya protein kerana ia memakan aneka macam tumbuh-tumbuhan air.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SUNGAI PETANI - Sejak kebelakangan ini, penyakit gaya hidup atau dikenali sebagai lifestyle diseases merupakan masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia dan juga di seluruh...
'Ibarat bangkai yang disembur pewangi ke atasnya', masih berbau busuk walau cuba ditutupi dengan wangian-wangian yang menggoda. Itulah perumpamaan yang jelas bagi masalah...
Salah-satu perkembangan menarik pasca PRU-14 dan era Malaysia Baharu ini ialah kembali bertaut dua buah kementerian yang memainkan peranan penting dalam hala tuju pendidikan negara...
Mahasiswa pendidikan antara individu yang mengambil pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISPM) bagi tempoh empat tahun di Universiti Awam (UA) untuk berkhidmat di sekolah...
ARAU – Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) baru-baru telah berjaya menghasilkan satu inovasi yang dinamakan Poutergeist mesin untuk membentuk inti Pau Bakar dengan...
KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah dalam penyelidikan inovasi bagi penghasilan kaedah pendebungaan baharu tanaman fertigasi Melon...