SINTOK - Lebih 20 tahun pencapaian yang cemerlang dan terbilang oleh Pusat Budaya dan Seni dalam memupuk semangat kebudayaan dalam kalangan pelajar UUM. PBS diwujudkan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu dan profesional tetapi juga menjadi seorang pemimpin dan penggerak yang berkesan di dalam usaha membangunkan industri kesenian negara. Fungsi PBS ini ialah untuk berusaha ke arah melahirkan pelajar yang berbudaya luhur berasaskan kepada prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Kelab Muzik adalah satu kelab yang memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar dalam bidang muzik. Para pelajar dapat mempelajari teknik bermain alat muzik seperti gitar, bass, keyboard, drum, alat tiupan dan banyak lagi. Kelab ini juga menerima pengiktirafan ‘Badan Kebudayaan Pelajar Terbaik’ semasa anugerah berprestij Malam Anugerah Seni 2018.
Dengan kerjasama Kelab Muzik dan kelab-kelab di bawah Pusat Budaya dan Seni akan menganjurkan Konsert Ekspresi Muzika: Randisi Irama Berzaman. Konsert ini akan mempersembahkan dua segmen bertepatan dengan perwujudan tempatan Era Muzik iaitu ‘Tribute Sepanjang Zaman’ dan ‘Dominasi BBNU’.
Dengan penggabungan beberapa elemen artistik iaitu muzik, tarian, lakonan dan montaj oleh pelajar untuk menarik perhatian penonton, konsert ini dijangka akan menjadi salah satu momen yang luar biasa dalam kalangan pelajar di UUM.
Konsert ini akan bertempat di Dewan Muadzam Shah pada 4 Disember 2018 dan seramai 2500 penonton dijangka akan hadir pada hari tersebut.
Menurut pengarah program, Muhammad Idhil Hashim, konsert ini akan berdurasi selama 2 jam dan akan dimeriahkan dengan Combo Utama Band, kombo pelajar di bawah Kelab Muzik yang diketuai oleh Pengarah Muzik iaitu Idhil Hashim.
Oleh itu, dengan harapan agar konsert ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat kepada orang ramai di samping mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam membentuk semangat dalam kalangan pelajar seterusnya akan mengharumkan nama UUM di masa akan datang.