> EVENT > Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan dominasi Pidato Piala Timbalan Naib Canselor 2018
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan dominasi Pidato Piala Timbalan Naib Canselor 2018
PUSAT HAL EHWAL KORPORAT UMK 29 November 2018

PENGKALAN CHEPA - Penuntut Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Ahmad Faizrie Abdul Rasip, 21, dinobatkan sebagai johan pada Pertandingan Pidato Piala Timbalan Naib Canselor yang diadakan di Laman Llamar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Ahmad Faizrie adalah kelahiran Negeri Sembilan merupakan pelajar aktif dalam pertandingan pidato dan pernah menjuarai pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan dan menjawat jawatan Pengerusi Forum Remaja Peringkat Kebangsaan.

Beliau menerima Piala Pidato TNC yang julung kali diadakan itu daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli.

Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FKP, Dr. Asrul Hery Ibrahim, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FHPK, Dr. Roslizawati Che Aziz, Penasihat Kelab Debat dan Pidato, En. Mohd Hafizie Abd Rahman dan Penasihat Pertandingan Pidato Piala TNC merangkap Ketua Hakim, Dr. Shah Iskandar Fahmie Ramlee.

Sebahagian peserta yang terlibat bergambar bersama-sama tetamu. Foto : Kelab Debat dan Pidato UMK
Sebahagian peserta yang terlibat bergambar bersama-sama tetamu. Foto : Kelab Debat dan Pidato UMK

Manakala naib johan dan ketiga turut dimenangi oleh penuntut FKP iaitu Lis Batuhun Sania Hanifah dan tempat Nurul Hasanah Mohd Zuki

Tempat keempat pelajar Muhammad Azril Fahmee Sahrom (FKP), tempat kelima pelajar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan (FHPK), Thurga Nandini A/P Muthu Kumar, tempat keenam Nur Hikmah Ahmad (Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan), tempat ketujuh Nurul Husna Abd Wahab (FKP) dan tempat kelapan Muhamad Iqbal Ishak (Fakulti Industri Asas Tani).

Hadiah diserahkan kepada salah seorang pemenang. Foto : Kelab Debat dan Pidato UMK
Hadiah diserahkan kepada salah seorang pemenang. Foto : Kelab Debat dan Pidato UMK

Sementara itu, Prof. Dr. Zaliman berkata, Pertandingan Pidato Piala TNC kali pertama diadakan sebagai platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam.

Katanya, secara tidak langsung program ini mampu memupuk sifat keusahawanan, profesionalisme dan semangat ingin memajukan diri dalam kalangan mahasiswa mahasiswi.

“Dalam konteks ini, mahasiswa mampu memberikan penerangan terhadap fungsi, polisi, dan mekanisme yang digunapakai oleh pentadbiran kerajaan dalam menangani isu-isu keusahawanan dan isu-isu semasa melalui medium berpidato.

“Penganjurannya juga dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan mahasiswa khususnya pelajar UMK Bachok dan UMK Kampus Jeli,” katanya.

Tambah Prof. Dr. Zaliman, program ini dapat membantu memberikan sumbangan dalam memberikan perkongsian intelektual semua mahasiswa mahasiswi khususnya dalam mengangkat isu-isu keusahawanan dan isu-isu semasa agar mudah difahami.

Menurut En. Mohd Hafizie, format pertandingan ini setiap fakulti diwajibkan menghantar dua wakil bagi menyertai Pertandingan Pidato Piala TNC 2018.

Katanya, pada 20 November 2018 telah diadakan Peringkat Saringan Pertandingan Pidato Piala TNC, manakala pada 26 November 2018 berlangsungnya peringkat pusingan Separuh Akhir di Dewan Eskperimental, UMK Kampus Kota dan pusingan Akhir berlangsung di Laman Llamar.

“Kelab debat dan pidato ditubuhkan dengan tujuan mengajar dan meningkatkan tahap pemikiran mahasiswa pelajar yang menyentuh isu-isu semasa disamping memningkat sahsiah dan keyakinan diri berkomunikasi di tempat awam,” jelas beliau.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BANGI – Muhammad Amiruddin Ismail dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan Maxis...
SINTOK – Sebanyak 11 pasukan telah dihantar untuk mewakili pertandingan debat Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (DePTNC HEPA) di bawah anjuran Kelab...
Berita seseorang individu mati mengejut bukan mengejutkan lagi masyarakat moden hari ini. Pelbagai penyakit merisikokan kita semua, tanpa mengira bangsa dan agama. Penyakit jantung...
KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus komited memperkasa bidang keusahawanan dengan mengadakan Seminar Keusahawanan dan Perniagaan Antarabangsa (ISEB) kali ke-6 di...
JELI- Sebanyak 3,132 tempat ditawarkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada mahasiswa baharu bagi sesi September 2018/2019 yang mula mendaftar semalam. Timbalan Naib Canselor...
Bermatlamatkan menggalakkan pembudayaan dan perkongsian idea