> AKTIVITI SENI > MySPaR 2018 sediakan platform bicara pengajian bidang seni kreatif
MySPaR 2018 sediakan platform bicara pengajian bidang seni kreatif
MUHAMMAD IQBAL RAMLAN Khamis | 29 November 2018

KUALA LUMPUR - Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) telah menganjurkan My Symposium on Practice as Research (MySPaR) 2018 dengan tema Practitioner’s Mind pada 28 November 2018 di Panggung Eksperimen, Aswara.

MySPaR 2018 menyediakan sebuah platform kepada ahli akademik, penyelidik, penggiat seni budaya, penggiat industri, peminat seni budaya, penggiat industri, peminat seni budaya, penggubal dasar dan bakal pelajar Pasca Siswazah dalam membicarakan pengajian di dalam bidang seni budaya atau seni kreatif.

Majlis perasmian MySPaR 2018 telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah serta dihadiri Rektor Aswara, Profesor Datuk Ts. Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari dan pengurusan tertinggi Aswara.

Rashidi ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Rashidi ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Berkonsepkan Penyelidikan Berasaskan Praktis (Practice as Research), simposium yang julung kali diadakan ini merupakan hasil kerjasama dan penglibatan daripada rakan strategik Aswara iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta tenaga-tenaga akademik Aswara.

Fokus simposium tersebut adalah bagi membicarakan tentang tiga aspek iaitu Arts Programmes in Practice as Research, From Implementing to Realization dan Supervision in Practice as Research yang dilalui semasa pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti luar negara.

Seramai sembilan pembentang telah berjaya mengumpul sembilan kertas kerja dalam bidang seni kreatif iaitu teater, tari, muzik dan visual bersama 100 peserta yang terdiri daripada penuntut universiti, penyelidik serta individu atau kumpulan yang terlibat dalam bidang kesenian dari dalam dan luar negara.

Rashidi bersama wakil daripada Aswara, UM, Upsi, UiTM dan UMK.
Rashidi bersama wakil daripada Aswara, UM, Upsi, UiTM dan UMK.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan program Suspended Meal @ Kongsi Rezeki bagi melahirkan rasa sayang dan...
TOKYO – Bagi merealisasikan pemindahan teknologi perfileman dengan negara matahari terbit, Jepun, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menerokai satu jalinan...
ASWARA - Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Ke-14 pada 20 Oktober lalu berlangsung di Panggung Eksperimen, ASWARA menyaksikan seramai 94...
ASWARA - Program Pertukaran Budaya antara Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dengan Indonesian Students Cultural and Educational Foundation (ISCEF) telah diadakan...
SHAH ALAM- Program 'BRIDGE' anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM Kampus Puncak Perdana merupakan sebuah program perasmian bagi syarikat tari, FiTA Dance Theatre...
REMBAU - Kehidupan sebagai anak yatim piatu sejak berusia sembilan tahun, tidak mematahkan semangat Muhammad Hisyam Poyzai, 25, untuk menggenggam segulung ijazah. Lebih bermakna...