> PERAK > Pameran Rumah Za’ba Angkat Semangat Perjuangan Tokoh Persuratan Agung Melayu
Pameran Rumah Za’ba Angkat Semangat Perjuangan Tokoh Persuratan Agung Melayu
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 30 November 2018

TANJUNG MALIM – Sebagai penghargaan terhadap segala usaha dan pengorbanan Tokoh Persuratan Agung Melayu, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muzium Pendidikan Nasional, (MPN) Univeriti Pendudukan Sultan Idris (Upsi) mengadakan Majlis Perasmian Pameran Rumah Za’ba Dan Majlis Pelancaran Laluan Warisan Sejarah Serta Sukarelawan Pemandu Pelancong.

Dalam majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Abdul Rahman Abbas itu berkata, beliau telah melalui pelbagai onak dan duri perjuangan di bumi Ibu Kandung Suluh Budiman menerusi penulisan dan kesarjanaan beliau dalam bidang bahasa untuk memerdekakan minda masyarakat yang telah sekian lama lena dijajah akal dan jasadnya.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Abdul Rahman Abbas berucap.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

“Pameran sejarah berkonsepkan ‘living museum’ ini merupakan suatu usaha yang baik bagi menarik minat masyarakat untuk menghayati semangat perjuangan Za’ba yang memfokuskan usaha dan tenaga beliau bagi memartabatkan agama Islam, bahasa Melayu, kepentingan ilmu pengetahuan serta menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat sepanjang hayatnya,” katanya dalam majlis yang diadakan di Ruang Legar MPN.

Menurut beliau, sejarah dan permuziuman tidak dapat dipisahkan maka peranan muzium dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan celik sejarah dan mengetahui peristiwa-peristiwa lepas adalah amat mustahak.

“Barang siapa yang melupakan sejarah, maka mereka ini adalah cenderung untuk mengulangi kesilapan yang lampau. Semoga melalui pameran ini, semangat cintakan negara dapat disemai di dalam jiwa kita semua seterusnya menjadikan kita insan yang bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini,”.

“Inisiatif mewujudkan pameran Rumah Za’ba dan laluan warisan sejarah di sekitar kampus bersejarah ini pada hebat saya amat sesuai untuk ditonjolkan bukan sahaja sebagai tempat rujukan dan pembelajaran, bahkan perlu dihebahkan agar menjadi satu tarikan pelancongan yang baharu di Tanjung Malim,” ujar beliau.

Pameran Rumah Za’ba diketengahkan berdasarkan tinggalan sejarah yang sangat ketara dan masih wujud di UPSI seperti rumah yang pernah didiaminya sewaktu berkhidmat di SITC, peralatan menaip, dan buku serta sumbangan beliau dalam arena pendidikan khususnya bidang bahasa.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Abdul Rahman Abbas (tengah) menandatangani sebagai simbolik perasmian.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Abdul Rahman Abbas (tengah) menandatangani sebagai simbolik perasmian.

Usai majlis, Tuan Yang Terutama Tun Dr. Abdul Rahman yang juga merupakan Alumni ‘Suluh Budiman’ ketika era SITC sekitar tahun 1955 hingga tahun 1958 turut meluangkan masa melawat Bangunan Tadah Utara iaitu asrama tempat beliau pernah menginap yang kini dijadikan bilik kuliah serta Rumah Za’ba.

Tetamu merakam kenang-kenangan.
Tetamu merakam kenang-kenangan.

Sementara itu, Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Muhammad Shatar Sabran berkata, Upsi kini semakin hampir merealisasikan agenda untuk menjadikan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah sebagai sebuah Kampus Bersejarah.

“Pengwujudan pameran Rumah Za’Ba dan usaha mempromosikan 22 lokasi serta bangunan bersejarah di sekitar kampus ini merupakan antara fokus Upsi untuk disenaraikan sebagai sebuah Kampus Bersejarah,”.

“Sebagai Universiti No.1 Pendidikan di Malaysia dan juga di rantau ini; Upsi komited untuk memastikan Universiti bertuah ini bukan sahaja “kaya” dengan sejarahnya tetapi juga hebat sebagai institusi pendidikan terkemuka di rantau Asia,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Kira-kira 300 ahli akademik, pelajar dan orang awam menghadiri Persidangan ‘Adab Pemerintahan Pesan Tamadun Melayu-Islam’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di...
TANJUNG MALIM - Sekumpulan 36 peserta kursus yang sesat dan terperangkap ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan hutan bersempadanan antara Perak dan Selangor di sini...
TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menandatangani memorandum perjanjian (MoU) dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi melaksanakan kerjasama...
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris Ke-20 yang akan diadakan pada 30 Oktober...
TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) melancarkan Produk Inovasi Komik Stem hasil inovasi penyelidik dari institusi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),...
TANJUNG MALIM - Di sebalik kesibukan sebagai tenaga pengajar serta perlu mengurus empat anak bukanlah penghalang buat pasangan suami isteri Mohd Nizam Diran dan Siti Haslina Taslin...