> AKTIVITI KAMPUS > Pelajar UiTM Shah Alam kembangkan sukan futsal kepada komuniti menerusi Futsal for Fun 2018
Pelajar UiTM Shah Alam kembangkan sukan futsal kepada komuniti menerusi Futsal for Fun 2018

BANTING – Kelab Futsal BHSN223A Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan program Futsal for Fun 2018 bertempat di SMK Banting, Telok Datok, Banting, Selangor.

Program yang berlangsung selama dua hari dan satu malam itu telah melibatkan lebih kurang 56 orang termasuk fasilitator dan juga peserta dari sekolah menengah berkenaan.

Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang program itu berlangsung dengan dimulakan sesi perkenalan antara fasilitator dan peserta diikuti sesi pengajaran teknik-teknik asas dalam sukan futsal.

Dua fasilitator dan dua peserta dengan senyuman manis semasa sesi perkenalan pagi 16 November. (FOTO UITM)
Dua fasilitator dan dua peserta dengan senyuman manis semasa sesi perkenalan pagi 16 November. (FOTO UITM)

Program ini bukan sahaja berkaitan dengan futsal malah aktiviti-aktiviti lain diterapkan agar murid dapat mempelajari nilai kerjasama antara satu sama lain dan juga kepentingan berkomunikasi.

Sesi pembelajaran teknik-teknik asas futsal bagi peserta-peserta yang sangat bertekad untuk memperbaiki skil mereka yang sedia ada.

Fasilitator-fasilitator yang terlibat dalam teknik pembelajaran asas futsal sangat berpengalaman setelah mempelajari teknik asas futsal dengan penasihat kursus futsal mereka yang merupakan pemain futsal untuk Selangor United MPSJ, Coach Lanti Manggi.

Aksi perlawanan persahabatan dimenangi pasukan peserta dengan jaringan 3-0. (FOTO UITM)
Aksi perlawanan persahabatan dimenangi pasukan peserta dengan jaringan 3-0. (FOTO UITM)

Banyak bakat muda dapat dilihat semasa program ini dijalankan, malah mereka turut menewaskan pasukan fasilitator ketika perlawanan persahabatan dengan wakil sekolah tersebut walaupun usia mereka sangat jauh beza.

Program ini turut disertai Pembantu Timbalan Naib Canselor UiTM Shah Alam, Rafidah Yahya @ Abd Majid yang juga mengiringi pelajar-pelajar kelab futsal tersebut bagi melancarkan perjalanan program.

"Program ini berjalan dengan baik kerana setiap plan dan juga aktiviti berjalan dengan lancar dan pelajar yang terlibat telah memberikan usaha yang sepenuhnya untuk menjayakan program ini," katanya.

Pengarah program fasi, Zikry (tengah), pengetua sekolah SMK Banting (kanan) dan Mama (kiri) semasa majlis penutupan Futsal for Fun 2018. (FOTO UITM)
Pengarah program fasi, Zikry (tengah), pengetua sekolah SMK Banting (kanan) dan Mama (kiri) semasa majlis penutupan Futsal for Fun 2018. (FOTO UITM)

Program yang berakhir sekitar jam 3 petang ini ternyata memberi manfaat bagi murid-murid sekolah berkenaan.

Salah seorang peserta Syafiq, 16, berkata banyak perkara mengenai futsal dan juga jati diri dapat dipelajari kerana program ini mendidiknya dan juga rakan-rakan untuk bekerjasama dalam setiap permainan.

Syafiq atau ‘Capek’, menunjukkan skil tersendiri sekali gus penerima anugerah ‘peserta paling ceria’ program tersebut. (FOTO UITM)
Syafiq atau ‘Capek’, menunjukkan skil tersendiri sekali gus penerima anugerah ‘peserta paling ceria’ program tersebut. (FOTO UITM)

"Disiplin juga dapat dibentuk kerana murid harus menepati masa semasa program itu dijalankan,” katanya.

Diharapkan sukan futsal semakin berkembang dalam kalangan semua generasi dalam pertumbuhan teknologi zaman kini.

Fasilitator dan peserta bergambar bersama sebelum berpisah. (FOTO UITM)
Fasilitator dan peserta bergambar bersama sebelum berpisah. (FOTO UITM)

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
YALA - Rentetan daripada Program Kesukarelawanan Antarabangsa Diaspora Melayu UiTM – Songkla Thailand pada 13 Oktober 2017, Kolej Kediaman Delima, Universiti Teknologi MARA...
KUALA NERUS - Bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung Sayembara Pantun Piala Nusantara 2018 (SAPPNA 2018). Pada pertandingan akhir berkenaan,...
PENDEDAHAN muzik ballroom seperti rumba, cha-cha, mambo, samba, bossa, waltz, twist, agogo dan lain-lain kepada seni muzik Tanah Melayu, telah menunjukkan kegemilangan seni muzik...
SERENDAH - Suntik semangat sukarelawan dalam tempoh sebulan. Itulah cabaran yang dihadapi sekumpulan penuntut yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman...
Musim Hari Konvokesyen. Sana-sini kelihatan ramai graduan dan ahli keluarga yang meraikan hari kejayaan mereka. Tidak ketinggalan, 10 individu yang terdiri daripada selebriti,...
Menyedari pokok bakau semakin lama semakin sedikit serta ada di antaranya diancam kepupusan, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam atau...