> > GUK Zon Utara berjaya jana RM61,000 hasil jualan
GUK Zon Utara berjaya jana RM61,000 hasil jualan
SHAHRIL ANNUAR AHMAD, PTSS 30 November 2018

ARAU – “Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) Politeknik Zon Utara berjaya menjana RM61,000 dari hasil jualan yang dibuat sepanjang 2 hari program ini diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Program ini disertai pelajar Politeknik Zon Utara dengan melibatkan 35 gerai pelajar serta alumni dan juga penglibatan usahawan bimbangan Program My Best Buy dan Food Truck Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kata Azizee Aziz, Setiausaha Program Gerak Usahawan Kampus Politeknik Zon Utara ketika ucapan aluan Majlis Perasmian Penutupan Gerak Usahawan Kampus 2018 yang diadakan baru-baru ini di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

Menurut beliau lagi program ini melibatkan penyertaan 1500 pelajar sepenuhnya dalam semua aktiviti keusahawanan yang diadakan dan program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dalam penglibatan mereka berkaitan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang lebih proaktif dan interaktif. Ini penting bagi meningkatkan jati diri sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar dan seterusnya menjadi seorang usahawan.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan dalam ucapan perasmian beliau mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berkata, “Perlaksanaan program Gerak Usahawan Kampus adalah selaras dengan perlaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016 – 2020 dalam menyediakan ekosistem pembelajaran yang kondusif untuk membina kompetensi dan kemahiran pelajar dalam aktiviti keusahawanan.

Katanya lagi, program Gerak Usahawan Kampus ini secara dasarnya memberi maklumat serta pendedahan kepada pelajar dalam bidang keusahawanan ke arah era yang serba mencabar. Perubahan dan perkembangan pesat ekonomi dunia telah mengubah pelbagai bentuk landskap ekonomi mengikut perubahan teknologi masa kini.

Gerai Keusahawanan Pelajar yang menyertai GUK 2018.
Gerai Keusahawanan Pelajar yang menyertai GUK 2018.

Kewujudan ekonomi digital merupakan era baharu kepada dunia perniagaan masa kini. Ini kerana, ekonomi yang berasaskan teknologi maklumat ini telah mengubah kepada segala bentuk aktiviti keusahawanan yang telah lama diakui sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Perubahan ini telah membawa kepada pelbagai tahap revolusi sehinggalah kepada Revolusi Industri 4.0 (IR.40),” katanya.

Siti Norshafikah Rauf salah seorang peserta program ini berkata penyertaan dalam Program Gerak Usahawan Kampus 2018 membolehkannya mendapat pengalaman dan cabaran menjalankan perniagaan dan mendapat keuntungan dan ia menjadi satu cabaran kepada dirinya untuk bersaing dengan peserta lain untuk berniaga.

Khairul Fikri Ibrahim yang juga merupakan peserta program ini pula memberikan pandangannya tersendiri iaitu, program ini adalah yang terbaik bagi pelajar politeknik menyerlahkan bakat mereka dalam keusahawanan disamping meningkatkan nilai dan jati diri mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Bagi memastikan pelajar mampu berhadapan dengan cabaran ini, terdapat 5 aktiviti utama bagi pengisian dalam program Gerak Usahawan Kampus pada kali ini. Antaranya Biz Talk, Klinik Usahawan Digital, E-Sport, Karnival MyAgrosis Bazaar dan Siswapreneur Showcase serta pameran daripada agensi-agensi yang berkaitan keusahawanan seperti FAMA, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dengan penglibatan secara menyeluruh ini, akan mampu menambahbaik ekosistem yang menyokong aktiviti keusahawanan pelajar seperti peratusan bilangan pelajar politeknik menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian seperti yang telah di tetapkan dalam Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025, (Pendidikan Tinggi), (PPPM)(PT) iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang serta memartabatkan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Bagi tujuan mengiktiraf peranan dan kesungguhan pelajar dalam menjayakan program Gerak Usahawan Kampus ini, terdapat pelbagai pertandingan telah dianjurkan antaranya pertandingan jualan tertinggi, promosi terbaik, kiosk terbaik dan promosi terbaik bagi Karnival MyAgrosis Bazaar. Selain itu juga pertandingan produk terbaik dan “pitching” terbaik bagi aktiviti Siswapreneur Showcase. Seterusnya pertandingan E-Sport bagi johan, naib johan dan tempat ketiga.

Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan menyampaikan mock check kepada pelajar yang berjaya dalam kategori keusahawanan yang dipertandingkan.
Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan menyampaikan mock check kepada pelajar yang berjaya dalam kategori keusahawanan yang dipertandingkan.

Bagi aktiviti My Agrosis Bazaar, kategori Karnival Bazaar Pelajar-Pelajar PTSS, Kiosk Terbaik dimenangi oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan 2A PTSS, Produk Terbaik oleh pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) 2B PTSS dan Promosi Terbaik oleh pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) 2A PTSS.

Bagi kategori Kelab MyAgrosis Bazaar Zon Utara, Kiosk Terbaik dimenangi oleh Politeknik Seberang Perai,Pulau Pinang, Produk Terbaik dimenangi oleh Politeknik Ungku Omar dan Promosi Terbaik dimenangi oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah.

Bagi aktiviti E-Sport, pemenang tempat pertama dimenangi oleh Politeknik Ungku Omar, Perak ,tempat kedua oleh PTSS,Perlis dan tempat ketiga Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Bagi aktiviti Siswa Preneur Showcase, “Pitching Terbaik” , Polyduino-Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dengan nama produk “Sumo Robot” dan Produk Terbaik, Stingless Bee Farm-Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dengan produk Madu Kelulut.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan pengilbatan Politeknik-politeknik Zon Utara iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis selaku tuan rumah bersama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,Kedah (POLIMAS), Politeknik Seberang Perai (PSP),Pulau Pinang , Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB),Kedah, Politeknik Balik Pulau (PBU),Pulau Pinang, Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Pulau Pinang dan Politeknik Ungku Omar (PUO),Perak.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pernah disebabkan terlalu banyak belanja sampaikan terlupa dan baki duit hampir 0...
KEMAMAN - Penyakit leukemia kronik yang dideritai pernah membuatkan Mohd Adam Syakir Sidek, 27, berdepan kemurungan teruk gara-gara badannya berubah kurus kering, kulit hitam legam...
KOTA BHARU - Percaturan seorang anak Kelantan menceburi bidang perniagaan keperluan sukan pada Disember tahun lalu berbaloi apabila tersenarai antara 100 usahawan paling...
PUTRAJAYA - Majlis menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Ranaco Education and Training Institute (RETI) telah diadakan pada...
KOTA BHARU – Universti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menghimpunkan kira-kira 100 pemain industri bagi tujuan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi universiti...
PUNCAK ALAM - Program Breast Cancer Awareness and Fundraising 2018 anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda semester 5 daripada Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan UiTM kampus Puncak...