> > PTSS menang Anugerah Pendidikan Sains MTSF 2018
PTSS menang Anugerah Pendidikan Sains MTSF 2018
SHAHRIL ANNUAR AHMAD, PTSS 30 November 2018

ARAUPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS), telah berjaya memenangi Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) pada Majlis Penyampaian Hadiah MTSF ke-25 yang berlangsung semalam di Hotel Inter Continental Kuala Lumpur dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000.00 dan sijil pengiktirafan.

Majlis tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan Jepun melalui Dasar Pandang ke Timur sejak 1982 telah berjaya mengiktiraf ahli-ahli saintis, penyelidik dan pendidik dalam bidang sains di dalam memartabatkan kecemerlangan penyelidikan saintifik dan pendidikan di Malaysia. 76 penyertaan berjaya diterima dalam MTSF kali ini daripada pelbagai institusi pendidikan seperti universiti awam dan swasta, politeknik, kolej dan sekolah menengah yang memperlihatkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka dipertandingkan.

Pasukan PTSS dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menghantar satu penyertaan inovasi pengajaran dan pembelajaran bertajuk “Experimental of Energy Conservation using The Concept of Magnetic and Solar Energy”, berjaya dinobatkan sebagai salah satu Penerima Anugerah Pendidikan Sains MTSF bagi Tahun 2018. Inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dipertandingkan itu diketuai oleh Dr. Choong Chee Guan bersama-sama ahli-ahli penyelidik lain iaitu Dr. Saw Chun Lin, Mohamad Salahudin Mohamad Saad dan Ng Pei Ling.

Dr Choong Chee Guan bersama Mohamad Salahuddin Mohamad Saad salah seorang dari pasukan penyelidik PTSS.
Dr Choong Chee Guan bersama Mohamad Salahuddin Mohamad Saad salah seorang dari pasukan penyelidik PTSS.

Kajian dari inovasi ini telah berjaya menghasilkan satu kaedah untuk melakukan penghantaran kuasa menggunakan tenaga magnet dengan rekabentuk eksperimen makmal untuk tujuan ujian dan analisa kecekapan pemacu magnet.

Sementara itu, Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, “Kejayaan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada Politeknik Malaysia kerana pensyarah politeknik mampu dan berdaya saing di dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Katanya lagi,“Saya juga merakamkan ucapan syabas kepada pensyarah-pensyarah yang berkenaan kerana berjaya menaikkan imej PTSS dan mendapat anugerah yang berprestij ini”.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,Sains,Teknologi ,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Prof. Madya Dr Ramzah Dambul mewakili Menteri MESTECC.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
ARAU - “3rd Innovation Competition 2018” yang telah dianjurkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) ini telah mencetuskan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan...
ARAU – “Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) Politeknik Zon Utara berjaya menjana RM61,000 dari hasil jualan yang dibuat sepanjang 2 hari program ini diadakan di Politeknik...
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) mencipta sejarah apabila menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 21001: 2018 baru-baru ini. PTSS merupakan salah satu politeknik...
PERLIS - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerima Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) dalam Majlis Penyampaian Hadiah MTSF ke-25,...
Sangat berbakat! Itu yang dapat digambarkan apabila melihat para peragawati memperagakan pakaian sempena Amphoteric Fashion Show 2018 oleh pelajar akhir Sijil Fesyen dan Pakaian...
JASIN - Politeknik Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila program World #QuranHour akan diperluaskan di institusi itu pada 14 Ogos setiap tahun bermula tahun ini. Pengarah...