> IKON > TEST - Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo di USM
TEST - Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo di USM
WARTAWAN KAMPUS UOLS Ahad | 2 Disember 2018

Program Gema Gegar Vaganza (GGV) telah menemukan dua penyanyi mantap ini dalam genre masing-masing.

Siapa yang tidak terpersona dengan alunan vokal gemersik penyanyi ketuhanan Fitri Haris? Dan siapa pula yang tidak terpukau dengan kelantangan vokal lelaki Lan Solo? Kedua-duanya unik dalam kelas mereka tersendiri.

Gabungan mantap Fitri Haris dan Lan Solo.
Gabungan mantap Fitri Haris dan Lan Solo.

Oleh kerana keunikan inilah telah tercetusnya idea untuk menggandingkan keduanya dalam satu pentas yang diberi nama Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo.

Konsert julung kali diadakan ini bakal dilangsungkan di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia pada 14 Disember 2018.

Menurut Fitri, dia berharap agar konsert ini mendapat sambutan kerana baginya konsert ini sangat istimewa.

FITRI HARIS
FITRI HARIS

“Saya mengharapkan konsert ini dapat membawa kelainan berbanding konsert konsert yang ada. Sejujurnya memang saya mengimpikan sebuah konsert setelah 17 tahun dalam industri. Walaupun saya memang banyak mengadakan mini showcase, namun saya menjanjikan kelainan untuk konsert ini.

“Saya memang yakin dengan kehebatan Lan. Gabungan ‘penghasilan’ dari GV dan GGV ini pasti akan membawa satu fenomena baru dalam industri muzik.

“Sebahagian kutipan tiket juga akan disumbangkan ke badan yang memerlukan. Oleh itu, saya memohon jika ada pihak yang sudi membantu kami untuk konsert dan amal ini,” kata Fitri.

Menyokong kenyataan tersebut, Lan Solo juga mahukan konsert ini dilihat cukup bermakna.

“Idea yang diutarakan Fitri sewaktu kali pertama berjumpa, membuatkan saya agak teruja untuk bergabung merealisasikan konsert ini. Cadangan kami, biarlah konsert ini berterusan dan kemudian akan diperluaskan ke IPTA yang lain pula. Kita akan bermula di USM terlebih dahulu.

“DUA DUNIA membawa maksud yang begitu simbolik untuk difahami, namun kami akan persembahkan plot dalam bentuk yang mudah diterima,” ujar Lan pula.

Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo ini akan berlangsung selama dua jam. Kesemua lagu yang akan disampaikan nanti adalah lagu-lagu popular mereka. Audiens boleh turut sama menyanyi dengan Fitri dan Lan.

Tidak hanya berdua, konsert Dua Dunia ini juga turut menampilkan beberapa artis undangan yang akan menambah keistimewaan pada konsert ini nanti.

Berita baiknya, oleh kerana konsert ini bakal diadakan di USM, terdapat harga istimewa untuk semua pelajar USM dan juga semua pelajar IPT. Konsert ini juga terbuka untuk semua orang awam.

Tiket boleh dibeli dengan harga RM20, RM30, RM50, RM100 dan RM150 menerusi WhatsApp Dayah :+60 18-955 3228 dan Wani: +60 13-436 6931.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai konsert ini boleh hubungi El 012-4056349 dan Sheila 017-2332243.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Program Gema Gegar Vaganza (GGV) telah menemukan dua penyanyi mantap ini dalam genre masing-masing. Siapa yang tidak terpersona dengan alunan vokal gemersik penyanyi ketuhanan...
Antara semua bidang, kehebatan pelajar perempuan paling terserlah dari segi pencapaian akademik apabila kadar kemasukan pelajar perempuan ke universiti melebihi lelaki. Data yang...
PELAJAR tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah menganjurkan Hari Induk Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-14 pada 26 hingga 28 Oktober lalu di perkarangan...
KUALA LUMPUR – Pertandingan Usaha Tegas Heritage oleh Usaha Tegas Sdn Bhd (UTSB) kini kembali lagi.Kumpulan Usaha Tegas adalah syarikat induk pelaburan swasta Malaysia yang...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus melebarkan rangkaian pengantarabangsaannya secara agresif dan konsisten sekali gus meletakkan jenama universiti teknikal paling...
JELI - Kolej Komuniti (KK) Wilayah Timur menandatangani Sijil Kolaborasi dengan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Selatan Thailand dalam usaha...